MUHAMMAD QASIM MELEMBUTKAN BESI DAN EMAS UNTUK SAHABATNYA (13 MAY 2022)

BismillahirRahmanirRahim. AssalamuAlaikum wbt.


Dalam mimpi ini aku melihat bahawa beberapa orang dari Indonesia dan Malaysia telah tiba ke Pakistan dan mereka sedang melakukan beberapa kerja, tetapi ia tidak berlaku atau sempurna seperti yang mereka inginkan.


Aku juga ada di sana bersama mereka. Mereka mempunyai paip yang diperbuat daripada besi yang mereka pegang dan bersedia untuk dipotong. Tetapi mereka tidak mempunyai sebarang peralatan untuk memotongnya. 


Kemudian aku meletakkan air liurku di jari telunjukku (jari syahadah) dan aku membuat garisan pada paip yang perlu dipotong. Sebaik sahaja aku menamatkan bulatan, paip pun terpotong dan melihatkan perkara ini, aku terkejut bagaimana ini boleh berlaku.


Kemudian aku melihat bahawa ada banyak besi yang perlu dicairkan supaya beberapa orang boleh menggunakannya untuk membuat sesuatu. Tetapi kami tidak mempunyai apa-apa untuk mencairkan besi ini. 


Kemudian aku melihat bahawa aku meletakkan air liurku pada kedua-dua tanganku dan aku menyentuh besi. Aku melihat bahawa ia menjadi lembut apabila aku sentuh. 


Aku terus mengulangi ini (meletakkan air liur pada tangan saya dan kemudian menyentuh besi) dan perlahan-lahan selepas beberapa ketika besi menjadi lembut seperti pasir.


Kemudian aku juga melakukan proses yang sama dengan emas, dan aku menjadikannya lembut dan seperti pasir.


Kemudian aku memberikan besi lembut ini kepada orang yang bersamaku, supaya mereka boleh menggunakannya dan membuat reka bentuk untuk kedai mereka dan membukanya. 


Dan aku berkata dengan hairan, bagaimana Allah s.w.t telah menjadikan perkaran ini berlaku untuk kita. 


Mimpi berakhir. Walaikum Assalam wa Rahmatullahi wa Barakatuhu.


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments