BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM
1. Jauhi
segala bentuk syirik.
2. Selalu
membaca Subhanallahi wabihamdihi Subhanallahil adzim
3. Allah ﷻ menyuruh Qasim bersalawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.
4. Jangan
pernah hilang harapan kepada Allah ﷻ dan
bersabarlah.
5.
Berjalanlah di muka bumi dengan tenang seperti surah al Luqman.
6. Jaga
orang-orang tua dan berbicara dengan cara yang baik kepada mereka.
7. Jangan
ketawakan orang lain dengan alasan apa sahaja dan jangan mengolok-olok orang lain
terutama orang miskin.
8.
Berbicara kepada orang lain dengan baik/lemah lembut terutama terhadap
anak-anak.
9.
Rawatlah orang sakit dan berusahalah membantu orang miskin.
10.
Percayalah kepada Allah ﷻ dan carilah Allah ﷻ ketika memerlukan bantuan.
11.
Bersihkan makanan kamu setelah kamu makan dengan tangan dan jilatlah.
12. Jangan
mencari-cari tahu tentang apa yang sedang di kerjakan oleh orang lain/urusan
orang lain.
13.
Bacalah surah Al-Ikhlas di petang hari.
14. Jangan
berlumba dengan orang lain, maksudnya kalau orang lain mempunyai sesuatu yang
lebih bagus/baik darimu lalu kamu berusaha mendapatkan yang lebih baik lagi
dari itu semata-mata kerana ingin memperlihatkannya kepada orang lain.
15. Bicara
dengan lancar/lemah lembut maksudnya jangan membuat mimik muka yang buruk
ketika berbicara.
16. Sentiasa bersyukur kepada Allah.
17. Kalau ada yang berbuat jahat kepadamu
berusahalah memaafkan mereka dan jangan balas dendam.
18. Baca Astaghfirullah
selepas solat dan jika kamu sedar telah melakukan dosa, ucaplah astaghfirullah
dengan segera dan jangan di tunda.
19.
Berusahalah untuk menjauhi bercakap perkara buruk tentang orang lain di
belakangnya.
20. Jangan
melakukan fitnah.
21. Jangan
membuang masa dengan perkara yang tidak berguna.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment