KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)
BismillahirRahmanirRahim.
Assalamualaikum wbt.
Dalam mimpi ini aku melihat bahawa kerajaan Imran Khan telah gagal,
selesai dan mereka meninggalkan pejabat kerajaan dan pergi. Aku berdiri jauh
dan melihat semua ini.
Aku berkata bahawa segala-galanya berlaku kepada Imran Khan, mirip
seperti yang aku lihat dalam mimpiku. Aku sangat gembira melihat ini bahawa
mimpiku telah menjadi kenyataan. Aku berkata bahawa Allah telah menunjukkan
kebenaran kepadaku.
Aku kemudian beredar dan balik ke rumahku. Semasa aku berjalan pulang,
aku melihat sekumpulan besar ulama’ berjalan ke arahku dari hujung jalan sana.
Nampaknya kumpulan Ulama’ ini berasal dari seluruh dunia tetapi
terdapat lebih ramai ulama’ Indonesia di kalangan mereka. Apabila aku semakin
hampir kepada mereka dan akhirnya melepasi mereka, ada di antara mereka
(kebanyakannya orang Indonesia) berhenti dan berkata, “ini adalah Qasim, lelaki
yang bermimpi”.
Kemudian mereka datang untuk mengucapkan salam kepadaku dan berjabat
tangan denganku. Ulama-ulama lain, yang tidak mengenaliku juga berhenti melihat
keadaan ini.
Kemudian aku berkata bahawa mimpi tentang Imran Khan telah menjadi
kenyataan dengan rahmat Allah SWT. Jika mimpi-mimpiku tentang Imran Khan telah
menjadi kenyataan maka mimpi-mimpiku tentang Kebangkitan Islam dan Pakistan
juga akan menjadi kenyataan.
Aku terfikir sendiri, sekiranya para ulama’ ini benar-benar mencintai
Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, maka setelah kebenaran dan bukti terserlah
tentang mimpiku, mereka hendaklah dalam setiap keadaan menyebarkan mimpi ini
dengan bukti kepada orang lain. Jika mereka menyebarkan mimpi ini dengan cara
ini, maka ini akan memberi lebih besar kesannya kepada Pakistan dan seluruh
dunia.
Aku memikirkan perkara ini semasa aku meneruskan perjalanan, dan aku
melihat bahawa para ulama’ itu juga mengikutiku menuju ke rumahku. Ketika aku
sampai di rumah, ada perhimpunan ramai orang dan ulama’, seolah-olah ada
peristiwa penting berlaku di hadapan rumahku.
Mimpi ini berakhir. Walaikumussalam warahmatullah.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment