RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Dalam sebuah mimpi pada 19 Mac 2017, aku melihat Presiden Amerika pergi ke Israel untuk bertemu dengan Perdana Menteri Israel.

 

Aku berkata, “Mesti ada ‘sesuatu' yang menyebabkan Presiden Amerika pergi ke Israel, aku mesti siasat apa tujuan perjumpaan mereka.”

 

Aku pun memakai suit dan pergi ke Israel dengan menggunakan sebuah jentera berbentuk pesawat.

 

Presiden Amerika dan Perdana Menteri Israel berkumpul bersama perjumpaan itu dalam sebuah bangunan dan mereka pun bertemu.

 

Aku berkata, “Aku mesti masuk ke dalamnya, dan jika Allah mengizinkan, tidak akan ada yang mengenaliku.” Aku menyebut nama Allah dan masuk ke dalam.

 

Tidak ada yang menghentikan aku kerana mereka menyangka bahawa aku juga sebahagian dari pertemuan tersebut, dan menyangka aku mungkin adalah ejen rahsia dari mana-mana agensi rahsia.

 

Terdapat sebuah dewan yang sangat besar di dalam bangunan itu, dan ada ramai orang di dalamnya, aku hanya memerhatikan Presiden Amerika dan Perdana Menteri Israel, kemudian aku lihat mereka berdua pergi ke sudut ruangan dan masuk ke dalam satu tempat seperti kabin, lalu aku pun ikut masuk ke dalamnya. Mereka pun duduk dan mula berbincang.

 

Aku berkata, “aku mesti mendekat kalau tidak aku tidak akan tahu apa yang mereka bincangkan.” Sampai detik itu, tidak ada lagi yang mengenaliku dan mereka berdua pun tidak mengenalku.

 

Mereka berbincang sambil duduk di kerusi dan aku berdiri berhampiran mereka seolah-olah aku adalah seorang ejen rahsia yang sedang bertugas, dan mereka pun mula berbincang.

 

Perdana menteri Israel berkata, “Aku sudah hampir menyiapkan kuil rahsia Dajjal, dan tak lama lagi Palestin hanya akan tinggal nama saja. Dan tak lama lagi kita akan menguasai seluruh Timur Tengah.”

 

Ketika mendengar perkara ini, aku jadi sangat terkejut kerana mereka sudah selesai membina kuil dajjal dan aku tidak tahu pun mengenainya.

 

Aku keluar dari sana dengan keadaan yang sangat risau dan aku pun terus pergi ke Palestin.

 

Di sana aku melihat tentera Israel sedang bergerak untuk menghancurkan rumah-rumah di Palestin, dan anak-anak kecil Palestin berlarian bersama ibu-ibu mereka.

 

Aku menjadi sedih melihat anak-anak sekecil itu menghadapi ujian yang sangat berat, bagaimana mereka dapat bertahan hidup dan siapa yang akan menolong mereka?

 

Kemudian aku melihat mereka semua pergi ke arah bangunan yang baru aku tinggalkan.

 

Aku berkata, “Kenapa kalian mahu masuk ke bangunan itu yang mana di situlah rancangan mereka untuk membunuh kalian dirancang?

 

Seorang perempuan berkata, “Kemudian ke mana lagi kami nak bawa anak-anak kecil kami ini? Kami tidak ada tempat lain lagi, mungkin mereka akan membunuhi kami, tapi kami harap mereka membiarkan anak-anak kami hidup.”

 

Aku menjadi bertambah sedih mendengarnya. Aku berkata, “Orang-orang itu sangat zalim dan mereka merancang untuk membunuh semua orang!”

 

Kemudian aku terus menaiki pesawatku dan pergi untuk mencari kuil dajjal supaya aku dapat menghancurkannya sebelum ia selesai dibina seluruhnya, kemudian aku menjumpai kuil dajjal tersebut.

 

Ketika aku mendekatinya, aku melihat ia adalah sebuah bangunan berwarna coklat, dan telah siap dibina.

 

Sebelum aku sempat berbuat apa-apa, Dajjal keluar dari kuilnya dengan cepat. Melihatkan itu, aku berkata, “aku dah terlambat, sekarang dah tak sempat untuk buat apa apa.”

 

Kemudian terlihat dajjal mula melakukan beberapa aksi dan aku berkata, “Dia sedang buat sesuatu, baik aku segera pergi dari sini.”

 

Baru saja aku berpaling, terjadi satu letupan kemudian ribut pasir dan debu mula berhembus ke merata tempat. Bangunan-bangunan besar mula hancur, dan rumah-rumah orang islam hancur dengan sangat teruk.

 

Aku teringat tentang anak-anak tadi dan aku mula mencari mereka di  dalam ribut pasir itu, tetapi ribut itu terlalu besar sehingga cahaya matahari tidak dapat tembus ke bumi.

 

Suhu udara menurun dengan sangat rendah dan kemudian aku terlihat wanita-wanita dan anak-anak itu dari jauh.

 

Aku berkata, “Bagaimana mereka akan dapat bertahan hidup di luar ini dengan suhu yang rendah ini?”

 

Aku berusaha sekuatnya untuk menghampiri mereka tetapi ribut pasir ini terlalu kuat sehingga aku tak mampu menghampiri mereka.

 

Aku sangat bersedih kerana ketidakupayaanku.

 

Tak dapat aku berbuat apa-apa pun untuk menolong anak-anak kecil itu dan tidak ada satu orang pun yang dapat menolong mereka dalam ribut ini, hanya Allah sahaja yang dapat menolong mereka.

 

Ribut pasir itu terus tersebar sehingga menyebabkan kerosakan di mana sahaja.

 

Lalu aku  berkata pada diriku  sendiri, “Qasim, jom balik sahaja, jika pesawat ini mati, maka kau juga akan terperangkap di sini.”

 

Maka aku pun bergerak balik ke Pakistan. Dan mimpi ini berakhir disitu.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

  1. 15 Mei 2018: Amerika Resmi Pindahkan Kedutaan Besar ke Yerusalem
    https://dunia.tempo.co/read/1089282/amerika-serikat-resmi-pindahkan-kedutaan-besar-ke-yerusalem/

    14 Juli 2018: Israel Menangkap Total 651 Anak Palestina Sejak Awal 2018
    https://www.matamatapolitik.com/Israel-menangkap-total-651-anak-palestina-sejak-awal-2018/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)