KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Dalam sebuah mimpi pada 28 September 2016, aku melihat Pakistan dan tenteranya sedang terperangkap di dalam kesukaran dan ketua tenteranya mencuba yang terbaik untuk mengeluarkan Pakistan dan tenteranya dari kesukaran dan membawa kedamaian dan kemakmuran tersebar di Pakistan. 

 

Tetapi setiap usaha ketua tentera menjadi sia-sia dan sumber penghasilan tentera Pakistan juga semakin berkurangan. Dan kerana kerja keras, kesihatan ketua tentera menjadi semakin merosot, dan aku menjadi kecewa melihatkan perkara ini.

 

Dan Allah datang di atas Arsy-Nya dan berkata, “Qasim, berikan perintah-Ku ini kepada ketua tentera Pakistan, bahawa Pakistan dan tenteranya dan ketua tenteranya akan berada dalam keadaan yang sama sampai mereka mendengarkan mimpi-mimpimu dengan hati-hati dan penuh perhatian, dan sehingga mereka yakin dengan apa yang engkau beritahu kepada mereka. Dan Qasim, Aku adalah perancang yang terbaik dan Aku akan membuat rancangan untuk kamu berjaya.”

 

Allah juga menunjukan kepadaku di dalam mimpi bahawa ketika ketua tentera mengetahui mimpi-mimpiku dan dia mendengarkan mimpi-mimpiku dengan penuh perhatian, Nabi Muhammad memberikan kesaksian kepada ketua tentera (melalui mimpi) itu bahawa "Anakku Qasim tidak berbohong kepada sesiapa pun tentang mimpinya dan mimpi-mimpinya itu adalah benar dan itu semua berasal dari Allah dan itu akan terjadi sebagaimana yang Allah telah perlihatkan kepada Qasim di dalam mimpi-mimpinya".

 

Ketika aku memberitahu mimpi-mimpi yang penting kepada ketua tentera Pakistan, dia kemudian membuat rancangan yang sesuai dengan mimpi- mimpi itu untuk menyelamatkan Islam dan untuk menyelamatkan Pakistan.

 

Dan Allah menjadikan rancangan-rancangan tersebut berjaya dengan bantuanNya. Kemudian kami menyelamatkan Pakistan dan Islam dengan pertolongan Allah. Dalam mimpi-mimpiku Allah juga menunjukkan rancangan-rancangan itu untuk menyelamatkan Islam dan Pakistan.

 

#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)