4 TANDA BESAR QIAMAT (10 APRIL 2015)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.
Aku melihat mimpi ini pada 10 April 2015. Nabi
Terakhir Muhammad ﷺ berkata kepadaku,
"Anakku Qasim! Sebelum hari kiamat, 4 tanda besar akan muncul."
Kemudian dia berkata kepadaku: "Tanda besar
yang pertama ialah kemunculan kamu wahai anakku Qasim!" Aku terkejut
dengan berita itu dan melihat diriku berunding dengan seorang alim ulama untuk
mengesahkan tentang tanda pertama kiamat.
Ulama itu bertanya kepadaku, "Adakah kamu
bersaudara dengan Nabi Muhammad ﷺ?"
Aku memberitahunya, "Dia adalah ayahku dan orang ramai memanggilnya dengan
nama Abu Al Qasim."
Kemudian aku melihat ulama itu bercakap dengan
orang ramai tentang urusanku. Dia kembali kepadaku dan berkata, "Qasim!
Tanda besar pertama telah ditunjukkan oleh Allah dan yang lain akan
datang."
Selepas 3 atau 4 minggu, aku bermimpi bahawa Nabi
terakhir Muhammad ﷺ menubuwwahkan bahawa
"tanda besar kedua akan ditunjukkan pada tahun-tahun mendatang iaitu kemunculan
Dajjal."
Baginda juga menegaskan bahawa 2 tanda besar
terakhir termasuk turunnya Isa AS dan kemusnahan oleh Yakjuj dan Makjuj."
Menurut semua nubuwwah dari mimpi itu, akhir
zaman sangat dekat. Aku sendiri tidak dapat membayangkan bahawa dunia akan
berakhir pada tahun-tahun mendatang.
Aku tidak pernah meminta sesiapa pun untuk
percaya kepadaku tetapi percaya kepada apa yang Allah dan Rasul-Nya yang
terakhir perintahkan kepada ummat melalui mimpi ilahiku.
Aku dengan rendah hati meminta anda semua untuk
berkongsi mimpi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda, juga layari halaman
FB-ku dan saluran YT untuk mengetahui lebih banyak mimpi yang akan datang dan
yang sebelumnya.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment