AKU BUKAN AL-MAHDI

 


 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum.

 

Ketika aku mula menyebarluaskan mimpi-mimpiku, aku percaya dan hanya bergantung kepada Allah dengan keyakinan bahawa hanya Allah yang akan menolongku.

 

Dan hanya Dia yang dapat mengubah mimpiku menjadi kenyataan.

 

Aku bersumpah demi Allah. Aku belum pernah mendengar atau membaca hadits tentang Imam Mahdi a.s sebelum menyebarkan mimpiku. Dan kemudian orang berkata kepadaku bahawa mimpi-mimpi kamu mirip dengan Mahdi a.s.

 

Aku menghormati Mahdi a.s tetapi mimpi-mimpiku tidak ada hubungan dengannya. Ini hanya kerana dia tidak diperlihatkan kepadaku atau disebutkan di mana pun di dalam mimpiku. Aku hanya mencuba untuk menyebar mimpiku seperti yang diperintahkan.

 

Demi Allah dan utusan-Nya , aku belum pernah ditunjukkan siapa Mahdi a.s ini dan aku bukan Mahdi a.s dan aku juga tidak menginginkannya. Aku sama seperti orang lain dan harapan dan kepercayaanku hanya untuk Allah. Bantuan Allah bukan hanya untuk Mahdi a.s, semoga kalian memahami.

 

Aku selalu menyangkal bahawa aku adalah Mahdi a.s dan aku benar-benar tidak mahu kerana Allah dan Muhammad ada bersamaku. Aku tidak perlu yang lain untuk berjaya. Dan hanya Allah yang dapat mengubah mimpiku menjadi kenyataan, bukannya Imam Mahdi a.s.

 

Aku hanya berharap dan percaya kepada Allah dan pertolongan dan rahmat Allah adalah untuk semua makhluk dan bukan hanya untuk Mahdi a.s.

 

Aku 100% hanya orang yang biasa dan benar-benar tidak lebih dari itu. Aku hanya mencuba menyebarkan mimpiku dan hanya itu saja. Aku tidak mendakwa apa pun dan aku tidak akan pernah mendakwa apa-apa pun. Jadi aku harap ia sudah jelas sekarang.

 

(Jangan membebankan Qasim dengan pernyataan seperti itu dan membuatkan tugasnya menjadi lebih sukar. Kerana demi Allah mimpinya adalah rahmat yang murni dari Allah . Yang menjadi khabar gembira bagi semua orang yang mencintai kedamaian).

 

#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)