AKU HANYA ORANG BIASA YANG MENCARI RAHMAT ALLAH (23 FEB 2016)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Pada 23 Februari 2016, Allah berfirman kepadaku di dalam mimpi untuk melakukan satu tugasan.

 

Dan ketika aku sedang melakukannya, beberapa orang berkata kepadaku bahawa, “kau menyesatkan manusia dengan menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya .”

 

Beberapa orang yang lainnya berkata, “kau sendiri yang mengarang mimpi-mimpi ini sehingga di mata orang ramai terlihat bahawa kau adalah Imam Mahdi.”

 

Dalam masa yang sama beberapa orang yang lain berkata bahawa aku adalah pendusta.

 

Hari ini aku menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut.

 

Aku tidak menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya untuk menyesatkan manusia, tidak juga aku mengarang sendiri mimpi-mimpi ini, dan tidak juga aku membuat mimpi-mimpi itu agar terlihat oleh orang ramai bahawa aku adalah Imam Mahdi dan aku tidak pernah sekali pun membuat pengakuan seperti itu dan aku bukan Al-Mahdi.

 

Bahkan aku bukan seorang ulama', aku hanyalah lelaki biasa dan aku tidak meminta upah apa pun dari siapa pun.

 

Muhammad adalah Rasul Allah yang terakhir, dan rahmat Allah adalah untuk semua orang, aku hanya ingin menjadi teman Allah , hanya itu saja. Sekarang sepatutnya ini sudah jelas.

 

Mimpi-mimpi ini adalah dari Allah Rabbul Aalamiin dan aku telah berusaha semampuku untuk menceritakannya dengan sempurna sebagaimana yang aku lihat dan hanya Allah Rabbul Aalamiin yang dapat mengubah mimpi-mimpi ini menjadi kenyataan.

 

Aku memohon pertolongan hanya dari Allah , dan hanya Allah-lah penolongku.

 

Aku tidak pernah memaksa siapa pun untuk mempercayai mimpi-mimpi ini, setiap orang mempunyai hak untuk mempercayainya atau tidak mempercayainya.

Allah dan Muhammad menyuruhku untuk menyebarkan mimpi-mimpi ini dan inilah yang sedang aku lakukan.

 

Allah juga berfirman kepadaku, “Qasim jika ada yang mengatakan kamu pendusta maka katakan kepadanya, ‘kamu datang dan aku pun akan datang juga dan kemudian masing-masing kita akan saling melaknat atas nama Allah agar laknat-Nya diturunkan kepada orang yang berdusta”.

 

“Dan siapapun yang menggunakan nama Allah dan Muhammad untuk menyesatkan manusia, dialah yang akan kekal di neraka selamanya, dan laknat Allah bagi orang yang berdusta.” Laknatullahi ‘ala al-kadzibin. Aamiin.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)