AZANKU MENGINSPIRASI PARA ULAMA’ (29 MAC 2022)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Dalam mimpi ini aku melihat sebuah bukit kecil dan aku perlu mendaki bukit ini dan melaungkan azan. Aku juga ditemani oleh beberapa orang.

 

Ketika aku berjalan menuju ke bukit ini, pada awalnya aku keliru kerana aku belum pernah melakukan ini, tetapi aku merasa bahwa aku telah diperintahkan untuk mengumandangkan azan. Jadi dengan ragu-ragu aku terus berjalan menuju bukit.

 

Ketika aku sampai di puncak bukit dan aku pun memulakan Azan. Ketika aku mula dengan “Allahu Akbar Allahu Akbar”, azanku tidak terdengar profesional (seperti azan yang dikumandangkan di masjid-masjid yang memiliki nada bacaan yang indah).

 

Tetapi ketika aku meneruskan azan, sampai pada bahagian “Asyhadu an La Ilaha Illallah, Asyhadu anna muhammadur Rasulullah” itu terus menjadi lebih baik dan profesional.

 

Ketika aku melafazkan bahagian “Hayya alas Solah, Hayya alal Falah”, aku melakukannya dengan nada profesional seperti di masjid.

 

Kemudian aku melihat bahwa lebih ramai orang beragama di bawah bukit mulai memperhatikan azanku dan mereka tampak terkesan.

 

Aku akhirnya pun mengucapkan “Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illAllah' dengan cara yang indah dan profesional, kemudian terlintas di fikiranku bahawa akhir azan ini terdengar seperti yang dilakukan ratusan tahun yang lalu di Mekah, ketika azan pertama berlaku di Mekah.

 

Mimpi berakhir.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)