BANGUNAN TERTINGGI DI PAKISTAN (03 OGOS 2018)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.
Orang
ramai sedang bercakap sesama sendiri bahawa terdapat bangunan yang tinggi di
negara-negara lain, tetapi tidak ada bangunan tinggi itu di Pakistan.
Kemudian
muncul idea dalam fikiran aku bahawa aku perlu membina sebuah bangunan.
Dalam
mimpi ini, aku melihat bahawa bangunan tertinggi di dunia mempunyai 110
tingkat.
Aku
mempunyai sebidang tanah dan aku bertanya kepada seseorang, “Bolehkah aku
membina bangunan di atas tanah ini?”.
Orang
tersebut berkata, “ianya mustahil, untuk membina sebuah bangunan, kamu
memerlukan sebidang tanah yang besar, dan sebidang tanah ini hanya 10 marlas
atau kira-kira 25 meter persegi”.
Aku
menjawab kepadanya, “Jadi bangunan sebesar apakah yang boleh didirikan?”.
Kemudian dia memberitahuku bahawa, “Terdapat beberapa peraturan dan
undang-undang oleh kerajaan.
Kamu
tidak boleh membina bangunan lebih daripada 3 tingkat. Jika tidak, mereka akan
campur tangan dan akan menghalang kamu”.
Kemudian
aku berkata kepada diriku sendiri, “Aku mesti mencuba, aku akan membina
bangunan itu dengan tenang dan cepat supaya tiada siapa yang akan mengetahuinya
dan apabila semua orang melihat bangunan itu mereka akan gembira”.
Aku
memulakan pembinaan pada waktu malam. Mungkin dalam satu hari itu aku berjaya
membina bangunan lebih kurang 3 hingga 4 tingkat.
Kemudian
aku juga melakukan reka bentuk dalaman dan aku membina pangsapuri sedemikian
rupa sehingga setiap tingkat mempunyai satu pangsapuri yang orang boleh sewa
dan setiap pangsapuri akan mempunyai dapur, bilik tidur dan bilik mandi.
Kemudian
dalam masa 3 hingga 4 hari, bangunan itu telah mencapai 30 hingga 40 tingkat.
Aku juga mereka bentuk dan membuat bahagian dalam. Kemudian aku melihat bahawa
terdapat beberapa orang yang bekerja di bahagian dalam juga.
Aku
terkejut melihatnya dan tertanya-tanya siapa orang-orang ini dan siapa yang
memanggil mereka ke sini? Aku bercakap dengan orang-orang tersebut, dan mereka
berkata mereka berada di sini untuk melakukan kerja itu, “Kerja yang kamu
lakukan sangat bagus, sementara kami menambah baik kawasan dalaman sehingga
orang kagum dengannya”.
Orang-orang
tersebut bekerja dengan keras dan hampir-hampir mereka melakukan pekerjaan itu
tanpa henti. Mereka meletakkan bahan kimia pada dinding dan menggosoknya, dan
dinding itu mula bersinar. Aku bertanya kepada mereka, “Mengapa kamu
menggunakan bahan kimia, bahkan kamu mesti mempunyai peralatan khusus dalam
menggunakannya, malah menggosoknya juga bukanlah kerja yang mudah?”.
Mereka
berkata, “Tanpa bahan kimia ini, lantai dan dinding tidak akan bersinar dan
tidak akan ada orang yang menyukainya”. Kemudian aku memberitahu kepada mereka,
“Esok bangunan ini akan mencapai 60 tingkat” dan mereka menjawab, “Baiklah”.
Pada
keesokan harinya, ketika aku sampai disitu, bangunan itu betul-betul sudah
mencecah 60 tingkat dan bangunan itu juga boleh dilihat dari kedudukan jauh.
Apabila aku memasuki bangunan itu, orang-orang tersebut sedang bekerja di 20
tingkat berikutnya, akan tetapi salah satu dinding di sebelah bangunan itu
masih belum dibina.
Di sini
aku agak bimbang, kerana kami telah membina 60 tingkat, namun bagaimana jika
bangunan itu runtuh kerana lemah bahkan dinding di sebelah bangunan itu juga
masih belum dibina.
Ketika
aku memikirkan masalah ini, tiba-tiba datang sebuah mesin dengan paip, yang telah
tiba di sana lalu mula mengisi konkrit pada binaan tersebut. Apabila
melihatnya, aku menjadi berpuas hati.
Kemudian
selepas itu, ada beberapa orang datang untuk melihat bangunan itu dan tertanya
siapakah yang membinanya? Oleh kerana bangunan itu kelihatan cantik dari dalam,
orang ramai pun menyukainya. Kemudian orang-orang tersebut telah pergi ke
tingkat atas dan memerhatikan suasana di bandar Lahore dari ketinggian bangunan
tersebut.
Lalu Aku
berkata pada diri sendiri bahawa tidak ada pagar pada bahagian atas itu dan
bagaimana jika seseorang akan terjatuh. Kemudian aku naik ke atas untuk
memasang pagar, akan tetapi pagar itu telah pun dipasang dengan sendiri. Semua
pekerjaan ini dilakukan dengan rahmat Allah.
Kemudian
orang-orang tadi telah membawa beberapa tokoh pembesar ke dalam bangunan itu
agar lebih ramai orang mengetahuinya. Apabila beberapa pihak media penyiaran
mendapat tahu tentang bangunan tersebut, mereka datang dengan membawa kamera
serta wartawan untuk melihat bangunan tersebut.
Pada ketika
itu, aku berfikir bahawa aku perlu masuk ke dalam bangunan tersebut untuk
memeriksa bahagian dalamannya.
Dan
apabila aku naik ke atas bumbung, orang-orang ramai telah berada di sana
melaporkan di televisyen bahawa ini adalah bangunan tertinggi di Pakistan
setakat ini.
Ketika
aku sampai di tingkat yang atas, pakaian aku juga sudah bertukar. Orang-orang
yang ramai itu sedang bercakap dengan orang media, kemudian apabila aku tiba di
situ, beberapa orang wartawan berkata, “Qasim telah datang ke sini, kita harus
bertanya kepadanya bagaimana dia membuat bangunan ini?”
Pada
diriku, ada sebuah beg galas yang tergantung di bahu aku seperti bag sekolah,
tetapi kecil (bentuknya).
Ketika
aku hendak lari dan terjun dari bangunan itu, orang yang bekerja di situ
berkata kepadaku, “Apa yang awak buat? Awak nak jatuh dan mati?”
Beberapa
orang media juga bimbang, kemudian aku memberitahu mereka “Tidak perlu risau”.
Kemudian aku terus melompat dari bangunan itu dan keadaan aku kekal di udara
(tidak jatuh).
Aku
memberitahu mereka bahawa “Bag ini mempunyai gas khas di dalamnya dan boleh
menampung berat seorang”.
Kemudian
aku memecut dan pergi lebih jauh, dan aku melihat bangunan tersebut sambil
berkata, “Bangunan ini pasti bangunan tertinggi di dunia dan dengan rahmat
Allah, pekerjaan ini menjadi lebih mudah sekarang”.
Orang
ramai melihat aku berlari di udara, dan mereka menjadi sangat gembira, begitu
juga dengan orang media, mereka pun gembira.
Hal ini
terasa bahawa, seolah-olah ramai orang sekarang ini telah mengetahui bangunan
ini, orang ramai juga memerhatikan aku dari bawah, dan beberapa saluran TV
turut menyiarkan perkara ini secara siaran langsung.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment