BAS MODEN DAN PENCARIAN RUMAH RASULULLAH ﷺ (6 OGOS 2018)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt.
Dalam
mimpi ini aku berada di rumah pada waktu pagi. Allah ﷻ memerintahkanku untuk
keluar dan mencari tempat itu, Dia telah menunjukkan kepadaku di dalam mimpiku.
Aku
sangat gembira kerana Allah ﷻ telah memberiku tugas. Aku bersiap dan
keluar dari rumah tetapi tidak tahu ke mana arah untuk mencari tempat itu.
Kemudian aku mula berjalan ke satu arah, dan selepas beberapa jarak aku bertemu
dengan beberapa orang.
Mereka
bertanya kepadaku, adakah aku Qasim, aku terkejut kerana aku tidak pernah
bertemu dengan orang-orang ini, bagaimana mereka tahu namaku.
Kemudian
mereka bertanya kepadaku samada aku akan pergi ke suatu tempat? Aku beritahu
mereka ya, Allah telah memerintahkanku untuk mencari tempat yang Allah
tunjukkan kepadaku dalam mimpiku.
Mereka sangat
gembira apabila mendengar ini dan mengatakan bahawa mereka juga mahu pergi
bersamaku. Aku memberitahu mereka aku pun tidak tahu di mana tempat itu, aku
sendiri masih belum menemuinya.
Aku pun
tidak tahu sejauh mana tempat itu, mungkin kamu akan penat. Mereka
memberitahuku, mereka akan bersamaku dalam apa jua keadaan sekalipun. Aku
berkata “suka hatilah, tapi jangan salahkan aku nanti.’’ Mereka cakap ‘’ok.’’
Setelah
berjalan seketika, aku dapati ada sebuah bas yang besar, Ia adalah bas yang
moden dan agak besar. Aku dapat merasakan bahawa Allah telah menyediakan bas
ini untuk kita.
Aku
memberitahu semua orang yang bersamaku untuk masuk ke dalam. Kami semua duduk
dan aku mula memandu.
Selepas
memandu di beberapa jalan kecil, kami sampai di jalan yang agak besar, dan
menyedari ini adalah jalan yang sama yang akan membawa kami ke tempat yang
aman.
Aku
membelok ke arah jalan besar. Terdapat banyak lalu lintas di jalan itu.
Terdapat rumah di kedua-dua belah jalan.
Terasa
seperti rumah-rumah di belakang rumah-rumah yang terlihat sedang musnah sebaik
saja kami melepasi.
Ia
kelihatan seperti keadaan perang. Aku berkata, ‘’kita kena cepat-cepat lepas
dari jalan ini supaya kita dapat mengelakkan masalah atau sekatan jalan.’’
Aku
bertawakkal kepada Allah dan terus memandu. Kemudian langit ditutup dengan awan
tebal.
Aku
terus memandu dalam jarak yang agak jauh tetapi jalan itu tidak sampai ke
penghujungnya.
Dan
trafik terus meningkat. Aku mengatakan bahawa aku letih dan perjalanan tidak
akan berakhir.
Kemudian
tiba-tiba sesuatu berlaku dan trafik meningkat dengan ketara dan pergolakan
muncul.
Ramai
orang kelihatan bergegas ke jalan raya dari kiri dan kanan dan mula berlari ke
sana sini.
Beberapa
kenderaan terbakar dan orang ramai juga mula tenat dan nazak.
Aku
bertanya kepada diriku sendiri ‘’apa yang berlaku di sini?’’ Aku cuba memecut
bas tetapi banyak kesesakan trafik.
Tiba-tiba
jalan mula pecah; ia pecah menjadi kepingan kecil dan mula tenggelam ke dalam
tanah sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kemudian air mengalir masuk
dari suatu tempat dan seluruh kawasan mula tenggelam.
Aku
membunyikan hon ke arah trak di hadapanku tetapi tayarnya tersangkut di jalan
raya dan ia tidak boleh bergerak.
Keadaan
huru-hara sehinggakan kenderaan yang datang dari belakang melanggar kenderaan
di hadapan sehingga mereka bergerak.
Aku
berasa bimbang apabila melihat ini dan memikirkan apa yang perlu aku lakukan
sekarang. Aku cuba reverse tetapi ia tersangkut. Tayarnya tersangkut di
tanah.
Aku
memberitahu orang yang bersamaku bahawa jalan tersumbat, bas tersangkut, dan
jalan tenggelam dan ada air di mana-mana.
Aku
beritahu mereka, jika mereka mahu mereka boleh pergi sebelum bas karam ke bumi
atau jangan salahkan aku selepas itu, kerana masih ada masa, kamu boleh pergi.
Mereka
berkata, ''kami tidak akan tinggalkan kamu dalam apa jua keadaan pun, kami akan
bersama kamu di sini di dalam bas.''
Aku
marah dan berkata bahawa ''Aku akan pergi, kamu semua boleh buat apa saja yang
kamu mahu.''
Aku
membuka pintu bas tetapi mendapati air di sekelilingnya. Aku memberitahu diriku
bahawa ‘’sekarang susah nak balik.’’
Aku
dapati ada tangga di sebelah pintu bas; Aku memanjat bumbung bas menggunakan
tangga itu. Aku dapat melihat bahawa jalan di hadapan terlalu panjang. Dan lalu
lintas terperangkap sepanjang jalan.
Juga
jalan raya terus tenggelam dan kereta orang ramai terus terbakar, dan
pergolakan terus merebak.
Kemudian
aku melihat jalan yang kami telah lalui, dan berkata ''mengapa Allah tidak
memberitahuku bahawa jalan ini sangat panjang dan sukar dan aku akan terjebak
di sini?''
''Jika
Allah memberitahuku sebelum ini, aku tidak akan datang sejauh ini.'' Kemudian
aku melihat ke arah hadapan dan aku dapati tidak ada cara untuk maju ke
hadapan.
Penat
dengan keadaan itu, aku duduk di atas bumbung dan bersedih atas apa yang
berlaku kepada aku.
Kemudian
adegan itu berubah dan aku merasa seperti Allah sedang memerhati kita dari
langit.
Dan bas
itu kelihatan padaku dari langit dengan diriku duduk di atasnya dan orang
bercakap antara satu sama lain di dalamnya, bahawa ''kita tidak akan berputus
asa kita perlu bergerak ke hadapan.''
Kemudian
seorang bangun dan mengambil tempat duduk memandu. Dia mengundurkan sedikit
bas, kemudian membelok ke kanan, menaiki kaki lima dan membawanya keluar.
Dia mula
memandu bas di ruang depan rumah-rumah termasuk laluan pejalan kaki.
Aku
terkejut tertanya, siapa lelaki yang telah mengambil alih pemanduan bas ini?
Aku tidak nampak sebarang papan tanda di sepanjang jalan, mungkin sudah
terjatuh.
Kini bas
bergerak perlahan dengan banyak gangguan kecil. Aku berasa gembira kerana bas
itu sekurang-kurangnya bergerak.
Kemudian
aku turun ke bawah dan memberitahu mereka bahawa kita perlu bergerak dengan
berhati-hati supaya kita tidak mengalami sebarang kerosakan kerana kita hanya
mempunyai bas ini sahaja.
Orang
ramai bercakap sesama sendiri dan aku memberitahu mereka dengan nada yang agak
marah agar tidak membuat bising dan duduk diam-diam.
Biarkan
pemandu yang memandu bas dan yang duduk di barisan hadapan membimbingnya dan
berhati-hati sekiranya terdapat sebarang halangan atau bahaya supaya kita dapat
mengelak dari sebarang bahaya kepada bas dan kita tidak tersangkut lagi.
Kemudian
aku katakan bahawa Allah akan membawa kita ke destinasi kita, Dia akan
membimbing kita sendiri dan akan menunjukkan kepada kita jalan. Aku sampai ke
bahagian belakang bas.
Laluan
itu agak sukar. Bas terpaksa menempuhi pelbagai halangan. Apabila seorang
penat, seorang lagi mula memandu. Bas terus bergerak dengan pertolongan Allah
dan kemudian malam tiba.
Kemudian
tiba-tiba, jalan menjadi sangat lancar dan rumah serta bangunan mula kelihatan
di kedua-dua belah pihak.
Aku naik
ke bumbung sekali lagi dan mendapati bahawa ia adalah tempat yang aman dan
lampu rumah dan bangunan menyala.
Kemudian
aku melihat cahaya di sebalik rumah dan bangunan itu. Apabila melihatkan itu,
aku berkata, itulah tempat yang perlu kami sampai.
Adegan
bertukar lagi dan rasanya seperti Allah sedang memerhati kita. Bas itu bergerak
di atas jalan raya dan jalan itu menghampiri penghujung di mana ia terbahagi
kepada dua jalan lagi. [Kiri dan kanan].
Aku
terfikir, ke mana kita harus pergi? Kemudian aku rasa seperti Allah sedang
membimbing kita dan Dia telah membuatkan pemandu itu sedar ke arah mana hendak
dituju.
Kemudian
bas belok ke kiri, kemudian melalui jalan itu seketika, kemudian ada jalan lain
ke kanan.
Bas
mengikuti jalan itu ke depan sedikit lagi, sehingga bangunan dan rumah hampir
berakhir. Dan malam sudah hampir tiba.
Kemudian
aku melihat ada sebuah rumah di sebelah kanan yang mempunyai Nur (cahaya) Allah
keluar daripadanya.
Bas itu
membelok ke kanan sekali lagi di jalan di mana rumah itu berada. Apabila
melihatnya, aku berkata bahawa “inilah tempat yang Allah telah beritahuku untuk
pergi.’’
Aku
tidak percaya bahawa kami telah sampai ke sana. Apabila kami pergi lebih dekat
sedikit, aku berkata ‘’ini adalah rumah yang telah dibina sendiri oleh Nabi
SAW.’’ Aku telah mendapati diriku mencari rumah ini dalam banyak mimpi.
Kemudian
aku dapat melihat rahmat Allah ﷻ dikurniakan ke atas rumah itu. Aku berasa
gembira dan terkejut kerana Allah telah membuatkan kami sampai ke sini.
Kemudian
aku melihat ke langit dan berkata dengan teruja, dan dengan suara yang agak
kuat, "Tidak syak lagi bahawa Tuhanku adalah Tuhan langit dan bumi Dia
tidak mempunyai sekutu.''
''Dia
memerintahkanku untuk mencari tempat ini, Aku memuji-Nya dan meninggalkan rumah
aku.'' ''Aku menjumpai orang dalam perjalanan dan aku terus membawa mereka ke
atas bersama''.
''Kami
menghadapi banyak rintangan dan kesukaran dan kami terperangkap di satu tempat
tetapi Allah menunjukkan jalan kepada kami dengan rahmat-Nya.'' ''Dia menolong
dan memberi petunjuk kepada kami, dan terus mengeluarkan kami dari kesulitan.''
''Akhirnya
Allah sampaikan kami ke tempat ini dengan rahmat-Nya.
Allah
telah membuktikan firman-Nya.'' ''Tidak ragu-ragu bahawa Allah mempunyai
bentengNya pada pekerjaanNya."
Bas pun
sampai ke pintu pagar rumah, dalam masa yang sama, suaraku bergema dari langit
dan merebak ke seluruh dunia.
Adegan
itu kemudiannya sangat indah. Terasa seperti Allah mendengar langsung
kata-kataku.
Orang di
dalam bas bergembira apabila melihat rumah itu dan berbual sesama sendiri
dengan gembira.
Mereka
mengucapkan ‘’Alhamdulillah’’ kerana dapat melihat rumah ini secara dekat.
Dan
mimpi itu berakhir di sana.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment