BEBAS DARI SISTEM DAJJAL (19 FEBRUARI 2016)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Pada tarikh 19 Februari 2016, Muhammad Qasim
melihat sebuah mimpi. Dalam mimpi ini kami berada di sebuah bangunan yang
sangat besar.
Dan orang-orang yang mengawal bangunan itu
membuat satu sistem yang dapat mencegah orang dari melarikan diri.
Aku sangat memerhatikan sistem ini dan aku ingin
lari tapi aku tidak dapat mencari jalan keluar. Kemudian di dalam mimpi Allah ﷻ berkata kepadaku, “Ada jalan keluar, carilah dan Aku akan
membantumu.”
Aku terus mula mencari dan aku berjumpa beberapa
orang. Aku berkata kepada mereka bahawa Allah ﷻ telah
berkata padaku bahawa ada jalan keluar dari sistem ini.
“Jom kita cari!”. Tapi mereka berkata, “Engkau
gila? Tidak ada yang pernah lepas dari bangunan ini, kalau pun ada, kita tidak
tahu bagaimana caranya.”
“Jadi jangan buang masa kamu dan jangan buang
masa kami. Mengapa kamu tidak terus tinggal di dalam bangunan ini seperti orang
lain?
Aku berkata dalam hati, “maksud kamu hidup
seperti hamba?” Aku tidak mahu menerimanya jadi aku teruskan pencarianku.
Aku berjumpa beberapa orang yang berpengaruh yang
memiliki banyak pengikut, aku berkata kepada mereka bahawa ada jalan keluar
dari sini.
Mereka berkata pengikut mereka, "bawa dia
ini ke doktor, dia ini orang gila". Mereka bawa aku berjumpa doktor, dan
doktor berkata kepada mereka, "Ada kerosakan di dalam hatinya, dan tidak
ada ubatnya".
Setelah melihat perkara ini aku menjadi bimbang.
Tidak ada yang mahu mendengarkanku. Dan Allah ﷻ juga
belum membantu aku. Aku menjadi kesal jadi aku pergi.
Aku melalui beberapa dewan satu demi satu sampai
aku tiba di suatu tempat yang ada cahaya matahari dan cahaya itu bersinar pada
satu atau dua orang.
Mereka melihatku dan salah seorang dari mereka
berkata “Tengok, cantiknya sweater dia.”
Aku melihat sweaterku dan aku terkejut, “Sejak
bila aku pakai sweater ini?” Ia memang sweater yang sangat cantik dengan warna
yang mengkagumkan.
Aku tidak faham, jadi aku terus berjalan ke arah
sumber sinar matahari. Seorang lelaki berkata, “Kalau dia benar, maka dia akan
membahagikan makanan dan wang.”
Aku mengabaikan mereka dan pergi ke sumber
cahaya, ia adalah sebuah lubang kecil di dinding di mana sinar matahari datang.
Aku menjadi gembira.
Tetapi lubang ini tidak cukup besar untuk aku
keluar. Aku menggunakan tanganku untuk melihat adakah aku boleh membuatnya
lebih besar dan kemudian ia sedikit membesar.
Jadi aku memasukkan kedua tangan dan kepala aku
dan aku boleh memanjat keluar. Aku menjadi sangat gembira mengetahui bantuan
Allah ﷻ telah datang.
Aku pergi terus dan menjumpai rumahku. Di rumah
aku ada banyak burung di dalam sangkar. Mereka lapar dan berkicau kuat.
Kemudian aku berfikir bagaimana aku dapat memberi mereka makanan kerana aku
tidak ada makanan untuk diberi.
Aku menjadi risau jadi aku mengenggam tanganku
dan tiba-tiba aku merasakan ada butiran gandum.
Aku menuang gandum itu ke dalam bekas makanan
burung sampai ia penuh, dan tanganku masih penuh dengan biji gandum dan aku
terkejut dan tertanya dari mana biji-biji ini datang.
Aku memberi sikit-sikit pada setiap burung
takut-takut biji di tanganku akan habis. Tapi biji itu tidak habis-habis dan
kemudian aku memberi mereka air juga. Dan mereka semua menikmati makanan.
Aku menjadi sangat penat selepas melakukan semua
ini dan berkata pada diriku sendiri, betapa susahnya pekerjaan ini.
Aku membuka pintu sangkar mereka dan menyuruh
mereka keluar esok pagi dan cari rezeki mereka dan balik ke sangkar kalian pada
malam hari dan juga jaga sangkar kalian supaya sentiasa bersih.
Mereka semua setuju dan berkata, “kami akan
mematuhi semua yang kamu perintahkan.”
Aku terkejut, "Burung jenis apa ini? Mereka
boleh bercakap denganku.” Kemudian semua burung itu melakukan seperti apa yang
aku minta.
Burung-burung itu berkembang biak dengan cepat
dan aku berkata bahawa aku akan menjual burung-burung ini kepada orang-orang
kaya di bangunan itu dan mendapatkan kekayaan dan aku juga mesti melakukan
sesuatu yang lain untuk menarik perhatian orang ramai di bangunan itu. Aku
harus mengatasi mereka sehingga mereka perlu menerima syarat-syarat aku.
Aku teringat bagaimana mereka sebelum ini tidak
ada sumber tenaga di bangunan itu. Jadi aku ingin membuat generator baru untuk
menghasilkan elektrik. Kemudian generator yang baru dan kuat muncul di
hadapanku dengan rahmat Allah. Aku terkejut, aku hanya terfikir dan Allah ﷻ jadikan ia kenyataan.
Kemudian aku berkata kepada orang ramai di
bangunan itu bahawa aku menjumpai formula yang sangat mudah dan baru untuk
menghasilkan elektrik. Kemudian orang-orang itu mengirim jurutera terbaik
mereka dan mereka kagum dengan generator tersebut dan mereka meminta aku
formula untuk membuat seperti itu.
Aku perlu mendapatkan kekayaan untuk membebaskan
orang ramai. Jadi aku berkata kepada mereka, “Adakah kalian berfikir bahawa aku
akan memberikannya secara percuma kepada kalian?” Kemudian aku mendapatkan
banyak kekayaan dengan menjual burung-burung dan formula generator itu.
Aku membebaskan ramai orang dari bangunan
tersebut dengan memberi wang kepada pemilik-pemilik mereka. Dan aku
membahagikan wang kepada orang ramai, memberi mereka makanan, serta tempat
tinggal.
Masih ada lebih ramai orang di dalam bangunan dan
aku berkira-kira adakah aku perlu memberikan baki makanan dan wang untuk mereka
semua atau pun tidak.
Aku tahu aku akan berasa malu jika wang itu
habis, dan aku tidak dapat menyelamatkan yang lain dan membahagikan (makanan
& wang) kepada mereka.
Dan Allah ﷻ
berfirman dari langit, “Orang-orang yang tidak putus asa dari rahmat Allah dan
tetap sabar maka Allah ﷻ memberikan pahala tersebut
kepada mereka.
Dan khazanah Allah ﷻ tidak habis dengan diberi, sebaliknya ia terus bertambah. Dan
Allah ﷻ Maha Mengetahui apa yang Dia kerjakan tetapi kebanyakan orang
tidak mengetahui.”
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment