BEBERAPA PESAN MUHAMMAD QASIM TENTANG SYIRIK MODERN
BismillahirRahmanirRahim.
1. Jika kamu melihat gambar (makhluk bernyawa)
pada papan iklan, palingkan muka kamu dan jangan melihatnya, dan katakanlah
SubhanAllah. Maksudnya, apa sahaja yang saya lihat, Allah Maha Suci dari itu,
dan tidak ada sekutu bagiNya.
2. Jika kamu melihat ada patung atau gambar di
taman, kedai-kedai atau di mana sahaja, maka palingkan mata kamu dan jangan
melihatnya.
3. Jika kamu menonton movie dan ada tuhan palsu
diperlihatkan di dalamnya, maka berhenti menontonnya.
4. Jika kamu ada gambar di dalam bilik kamu atau
digantung di dinding bilik kamu, maka tanggalkan atau buang.
5. Jika anak kamu ada permainan patung/bergambar,
selepas mereka bermain dengannya, maka simpan di tempat sehingga ia tidak
terlihat oleh pandangan mata.
6. Jika ada gambar kecil atau patung di dalam
rumah kamu, maka buanglah ia dengan cara yang sepatutnya.
7. Jika ada bekas, botol atau apa sahaja produk
makanan, kecantikan dan sebagainya, sebahagian jenama meletakkan gambar makhluk
bernyawa, maka tutup gambar itu dengan selotep atau conteng dengan marker
kerana kamu perlu menggunakan produk itu sehingga ia habis.
8. Bahkan jika kamu ada chewing-gum yang ada
gambar di dalam poket kamu, maka jangan simpan di dalam poket, atau buang dulu
bungkusan luarnya yang ada gambar itu.
9. Jangan berkata atau menulis tentang seseorang,
bahawa "dia itulah harapan kita", tetapi katakanlah, Allah lah
satu-satunya harapan kita.
10. Menyimpan gambar di dalam handphone atau
laptop tidak ada masalah, kerana ia tidak diperlihatkan. Tetapi perlu
disembunyikan di dalam folder.
11. Jika kamu menggunakan gambar makhluk bernyawa
pada desktop (wallpaper) atau pada gambar profile di media sosial atau di mana
sahaja, maka tolong padamkan kerana kamu akan sentiasa melihatnya tanpa ada
keperluan.
12. Kamu boleh mengambil gambar kamu atau
keluarga dengan handphone atau kamera digital, tetapi simpan dan sembunyikan ia
dan buka hanya ketika diperlukan.
13. Jika kamu menziarahi rumah kawan kamu, dan di
rumahnya ada digantung/dipamerkan gambar, tidak perlu mendesak mereka
menurunkan atau membuang gambar itu kerana rumah itu bukan milik kamu dan kamu juga
tidak perlu bertanggungjawab terhadap perkara itu. Tetapi jika kawan kamu mahu
belajar tentang masalah Syirik, dan mereka sendiri ingin menurunkannya maka
tidak menjadi masalah.
14. Seperti juga ada orang menanam bunga dan
tumbuhan di dalam pasu yang mempunyai gambar atau terkadang ada pancuran air
yang berbentuk makhluk bernyawa, maka jangan simpan ia di rumah kamu dan jika
melihatnya ada di rumah orang lain, maka jangan melihatnya.
15.Movie India selalu memulakan movie itu dengan
gambar patung atau tuhan palsu, atau di dalam movie itu diperlihatkan
penyembahan berhala atau apa saja bentuk syirik. Filem juga adalah sejenis alam dunia, kerana
itu orang memanggilnya dunia filem atau dunia wayang atau apa sahaja (gelaran),
dan Allah juga adalah Tuhan di dunia itu, dan walaupun di dalam dunia itu tidak
boleh diperlihatkan adanya sekutu bagi Allah.
16. Terkadang kita perlu mengikut undang-undang
kerajaan yang mana ada keadaan penggunaan gambar dibolehkan, seperti gambar
pada wang kertas, passport, kad pengenalan dan sebagainya.
17. Jika seseorang ada masalah kesihatan, dan ada
gambar pada bungkusan ubat, maka dibolehkan untuk menyimpannya di dalam poket.
Tetapi tidak boleh menyimpan apa-apa gambar yang tidak ada keperluan di dalam
poket kita.
18. Kita juga perlu memastikan tidak ada gambar
makhluk bernyawa pada baju yang kita pakai, langsir tingkap kita, cadar katil,
tuala, alas kaki, karpet termasuk juga sejadah kita. Sebaiknya kita memakai sejadah yang coraknya
ringkas. Terkadang ada terlalu banyak corak bunga atau bentuk pada sejadah
kita, yang terlihat seakan-akan berbentuk gambar makhluk bernyawa, jadi kita
mesti menghindari dari memakai sejadah yang begitu.
19. Penggunaan gambar berbentuk makhluk hidup
untuk chatting seperti emoji, emoticon, sticker, gif animation dan sebagainya
juga termasuk perbuatan syirik kecil maka janganlah menggunakannya lagi.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment