BENDA BERWARNA BIRU DARI ALLAH (7 OKTOBER 2021)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Di dalam mimpi ini aku melihat beberapa orang (Diki Chandra dan Faris Ghiffari) telah datang ke Pakistan dari seberang. 

 

Aku melihat diriku duduk di satu halaman rumah bersama mereka. Halaman rumah ini di kelilingi oleh tembok.

 

 Bila telah larut malam dan mendekati fajar, aku merasakan Allah berada di ArasyNya berdekatan dengan halaman rumah tersebut dan terus mengawasi kami. 

 

Aku melihat satu cahaya biru memancar dari Arasy Allah . Kemudian aku melihat Allah memberi kami sesuatu yang berwarna biru. 

 

Aku tidak ingat, benda apakah sebenarnya, tetapi kami terus membahagi-bahagi benda tersebut dengan sama rata diantara kami sampai habis. 

 

Aku tidak dapat mengingati benda yang diberikan oleh Allah sama ada ia sejenis makanan atau rezeki yang lain.

 

Semasa kami sedang membahagi-bahagi secara sama rata, Allah sedang melihat kami, lalu aku mengatakan kepada teman-temanku bahawa Allah sedang menolong kita dan sekarang Allah sedang menyaksikan kita membahagi-bahagikan benda tersebut dengan sama rata. 

 

Allah sangat gembira melihat apa yang kita sedang lakukan. 

 

Mimpi berakhir di situ.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)