BENTENG TERAKHIR ISLAM
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum.
Aku selalu melihat perang ini dalam mimpi-mimpi
benarku.
Perang ini adalah perang yang dikenakan terhadap
Pakistan sedangkan kita hanya mempertahankan negara kita dan Islam.
Perang tersebut adalah perang yang sangat besar
dan paling parah terhadap Islam di dunia.
Perang itu bukan hanya untuk mempertahankan
kelangsungan hidup Pakistan. Tapi juga untuk mempertahankan kelangsungan hidup
Islam.
Kerana sebelum perang ini, dua benteng utama
Islam yang kuat, Turki dan Arab Saudi telah hancur.
Dan kerana Pakistan adalah benteng terakhir Islam
maka sangat penting untuk mempertahankan Pakistan supaya dapat menyelamatkan
Islam.
Sebelum perang ini, Allah ﷻ menyampaikan berita tentang mimpiku kepada Ketua Tentera
Pakistan dan Nabi Muhammad ﷺ juga
memberi kepadanya kesaksian atas mimpiku bahawa "Qasim tidak berbohong
kepada sesiapa pun tentang mimpinya. Dan mimpi-mimpinya itu benar dan datang
dari Allah ﷻ."
Tentera dan rakyat Pakistan mengambil langkah
berani untuk menyelamatkan Islam dan Pakistan. Dan kemudian orang-orang yang
benar-benar mencintai Pakistan juga turut memperjuangkannya.
Dan kita membersihkan Pakistan dari segala bentuk
kekafiran. Satu sistem penuh keadilan terbentuk sehingga seluruh dunia terkejut
kerana satu sistem pemerintahan seperti itu dapat terbentuk.
Pakistan mula maju dan juga mula bersiap sedia
untuk menghadapi perang. Tapi dalam masa yang sama, kehancuran mula berlaku di
Turki dan Timur Tengah. Kelompok pengganas baru telah terbentuk di Timur
Tengah.
Ketika itu juga, India dan sekutunya bersama
kelompok pengganas juga mula bersiap untuk memerangi Pakistan.
Tetapi Allah ﷻ
menolong Pakistan dengan jet-jet tempur hitam yang kuat sehingga India tidak
berani menyerang Pakistan kerana menyaksikan jet-jet tempur hitam itu.
Kita juga menyerang Kashmir dan membebaskannya
untuk membuat pertahanan kita lebih kuat dan India tidak berani menyerang
Pakistan sendirian kerana adanya jet-jet tempur hitam.
Selepas melihat jet-jet tempur hitam ini, ramai
umat Islam dari seluruh dunia datang ke Pakistan dan mula memainkan peranan
mereka dalam membangunkan kembali Islam.
Allah ﷻ
membantu kita dari balik tabir dan Allah ﷻ
menjadikan kita sangat cerdas dengan rahmat-Nya. Kita membuat pesawat tempur,
kapal-kapal, teknologi kita sendiri dan kita juga menjadi berdikari.
Beberapa waktu sebelum ini, Nabi Muhammad ﷺ telah memanggilku datang ke Madinah melalui satu mimpi.
Ketika aku pergi ke Mekah dan Madinah, aku lihat
keduanya dalam keadaan ditinggalkan dan terbengkalai.
Aku melihat keresahan dan kegelapan di kalangan
manusia. Jadi aku katakan kepada mereka,"Bersabarlah untuk sementara waktu,
Allah ﷻ akan memperbaiki semuanya dengan pertolongan-Nya".
Ketika aku kembali (ke Pakistan), musuh telah
bersiap sedia menyerang Pakistan. Dan kita juga sudah bersedia menyerang.
Menurut mimpi yang benarku Nabi Muhammad ﷺ juga terlibat secara ghaib dan rahsia yang mana perkara ini
hanya diketahui oleh para komandan utama.
Dan kemudian perang terburuk dimulai dan kemudian
musuh-musuh Pakistan merasa yakin mereka akan menghancurkan Pakistan.
Tapi Allah mempunyai rancangan yang berbeza, dan
Allah ﷻ membantu Pakistan dalam peperangan ini.
Orang-orang Islam tidak membunuh anak-anak, orang
tua atau lelaki yang tidak bersenjata yang ingin berdamai.
Aku tidak tahu berapa lama perang ini berlangsung
tapi Pakistan menang dalam peperangan ini dengan bantuan Allah ﷻ.
Selepas perang tamat, aku mengetahui bahawa dalam
perang ini, 800 juta nyawa telah terkorban.
Kemudian aku menjadi sangat sedih dan aku
mengatakan, “kenapa perang ini terjadi pada kita?”.
Kemudian aku berkata, “Kita hanya membela diri
dan musuh-musuh itu sendiri yang menginginkan kematian.”
Kita
membantu semua wanita, anak-anak, orang tua dan menerima mereka sebagai
keluarga dan mereka masuk ke dalam Islam.
Kerana kita memenangkan perang ini dengan bantuan
Allah ﷻ dan musuh dikalahkan, kemudian umat Islam dari Timur keluar
dengan bantuan Allah ﷻ ke seluruh dunia dan
mendapatkan kembali wilayah mereka.
Tidak ada yang menghalang kita dan semua bentuk
keganasan dan penindasan dihancurkan.
Kita menyebarkan Islam yang sejati ke seluruh
dunia dengan pertolongan Allah ﷻ dan
seluruh dunia dipenuhi dengan kedamaian.
Islam sekali lagi tersebar ke seluruh dunia.
Semua orang tahu bahawa sesungguhnya Islam yang
dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ penuh
dengan kedamaian.
Ada rahmat dan kurniaan Allah ﷻ di mana-mana saja dan ada rezeki di mana-mana.
Tidak ada yang sedih atau miskin. Dan yang paling
penting dari itu semua adalah, Allah ﷻ redha
dengan kita, dan setelah beberapa tahun dajjal pun muncul.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment