BERMULANYA PERANG DUNIA KETIGA (3 MAC 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Dalam satu mimpi pada 3 Mac 2017, aku melihat Turki runtuh dan
kehancuran berlaku di mana-mana.
Sejurus selepas itu, Israel menjadi sangat aktif. Mereka meningkatkan
operasi mereka di sekitar Palestin dan mereka juga membina sebuah benteng untuk
Dajjal.
Dan kaum muslimin tidak dapat melakukan apa-apa kecuali tunjuk
perasaan. Kemudian Israel membentuk pakatan dengan negara-negara lain dan
menyebarkan kerosakan.
Amerika adalah salah satu pembantu mereka dan menolong Israel dengan
menyumbangkan intelejen mereka.
Ketika Rusia mengetahui perkara ini, mereka segera membentuk pakatan
dengan negara-negara yang berada berhampirannya dan Rusia juga menjadi aktif
dan berlumba dengan yang lain dalam menguasai kawasan-kawasan di Timur Tengah.
Ia terlihat seakan-akan mereka semua ingin menguasai seluruh dunia.
kemudian USA secara terang-terangan masuk ke Timur Tengah dan mereka
bertemu dengan Israel dan sekutu-sekutunya untuk melawan kumpulan pakatan
Russia.
Ia menyebabkan Russia dan sekutu-sekutunya melawan balik, maka
berlakulah perang dunia ketiga di mana medan pertempurannya adalah
negara-negara Timur Tengah sehingga menyebabkan kehancuran yang paling buruk
berlaku di sana.
Dan ini mengakibatkan sangat ramai kaum muslimin dibunuh. Perang
tersebut menjadi sangat dahsyat dan menakutkan sehingga kaum muslimin tidak
dapat melawan balik dan tidak juga seorang pun berani datang untuk membantu
mereka.
Pertumpahan darah sedikit demi sedikit mula tersebar ke negara-negara
seperti Mesir, Sudan, Arab Saudi, Kuwait, UAE dan hampir semua kawasan di Timur
Tengah.
Pakatan Israel terus mendapat lebih banyak sekutu, dan bahkan ada juga
negara muslim yang menjadi sekutu kepada Amerika atau Rusia.
Kedua-dua negara superpower itu berkeinginan untuk menguasai
sebahagian besar wilayah dan apa sahaja kawasan yang mereka dapatkan, mereka
mempertahankannya dengan kuat dan terus berperang antara satu sama lain sambil
mengorbankan kaum muslimin.
Pada sisi yang lain, Pakistan bertambah kuat dan mula berkembang
tetapi India yang bersekutu dengan Israel mula menyerang Pakistan.
Amerika, Israel dan bahkan banyak negara timur yang lain membantu
India melawan Pakistan. Mereka semua berniat untuk menghancurkan Pakistan
secara keseluruhan.
Maka Pakistan memiliki ramai musuh, tetapi Allah ﷻ melindungi Pakistan dengan 3000 jet tempur hitam dan perang
melawan Pakistan pun dimulakan.
Dan dengan pertolongan Allah, Pakistan menang ke atas semua musuhnya.
Pakistan menakluki seluruh India, dan juga Bangladesh dan Afghanistan.
Dan selepas Pakistan menang ke atas India, Indonesia dan Malaysia juga menjadi
sekutu Pakistan.
Kemudian Pakistan terjun ke Timur Tengah dengan izin Allah ﷻ mereka bertempur melawan kedua-dua negara superpower itu dengan
menggunakan jet tempur hitam yang hebat.
Pakistan menyerang dengan cara yang tidak dapat dihentikan oleh
sesiapa pun.
Setelah mengalahkan kedua negara superpower itu, Pakistan menjadi
negara superpower dan mengasingkan diri daripada dunia.
Pakistan menguasai semula wilayah Timur Tengah dan negara-negara Arab.
Semua wilayah ini menjadi sebahagian dari Pakistan dan mereka mula
membangunkan kembali wilayah-wilayah tersebut.
Kemudian Islam Nabi Muhammad ﷺ yang
sebenarnya mula tegak di wilayah-wilayah itu dan kedamaian akhirnya tersebar
selepas perang paling dahsyat dalam sejarah manusia berlaku.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
12 Agustus 2018: Turki Jadi Target Perang Ekonomi AS dan Negara Lain
ReplyDeletehttps://www.liputan6.com/global/read/3616856/presiden-erdogan-turki-jadi-target-perang-ekonomi-as-dan-negara-lain
15 Agustus 2018: Rusia Membantu Turki mengatasi Krisis Lira
https://investasi.kontan.co.id/news/rusia-jajaki-transaksi-perdagangan-tanpa-dollar-as-dengan-turki
22 Januari 2019: Kuil ketiga dalam proses pembangunan
https://www.youtube.com/watch?v=mYqYpd6yMB4&t=360s