CAHAYA ALLAH (7 JUN 2015)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.

 

Di dalam mimpi lain, rumahku sedang dibina. Aku dan Nabi Muhammad berdiri di depan rumah itu.

 

Nabi Muhammad berkata kepadaku, “Bila rumah kamu sudah siap, aku akan memanggilmu ke Madinah dan aku akan bertemu denganmu.

 

Setelah itu, aku akan memberitahumu untuk melakukan perjalanan ke Mekkah untuk bersyukur kepada Allah dan selepas itu, kamu berkewajiban membantu umat Islam.”

 

Aku menjawab, “seperti yang engkau katakan.” 

 

Selepas itu, aku melihat diriku berada di sebuah masjid yang besar dengan cahaya yang sangat kurang dan Imam Masjid telah memanggil seruan solat. Aku kemudian ikut solat.

 

Setelah selesai solat, beberapa orang melihatku dan berkata kepadaku bahawa mereka dengan jelas melihat ada Cahaya datang dari tubuhku. Aku berkata kepada mereka “Jadi, kenapa?”

 

Kemudian mereka berkata kepadaku, “seperti yang kamu lihat, kami hidup dalam kegelapan dan kegelapan ini semakin hari semakin gelap, jadi tolonglah kami, kerana kamu mempunyai cahaya, terangilah kami sehingga kami dapat keluar dari kegelapan ini.”

 

Aku berkata kepada mereka bahwa aku hanya memiliki Cahaya (dari) Allah dan dengan inilah aku dapat memenuhi seluruh bumi.

 

Kemudian aku meletakkan cahaya Allah di langit yang gelap dan kemudian langit menjadi penuh dengan Cahaya dan seluruh dunia mulai terang benderang kerana cahaya Allah dan wajah orang-orang muslim bersinar seperti bintang dan semua orang menjadi bahagia.”


 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)