CARA MENGELAK VIRUS COVID-19 (BAHAGIAN 1) (22 MAC 2020)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Mimpi ini berlaku pada 22 Mac 2020. Dalam mimpi ini skrin hitam putih muncul dan di situ aku melihat virus Corona bergerak dalam bentuk asalnya.

 

Seolah-olah aku menyaksikan semua itu di bawah kanta mikroskop. Seseorang memberitahuku bahawa, "Jika kita memotong virus ini dengan cara tertentu, maka virus ini akan bertukar menjadi lemah dan tidak efektif."

 

Kemudian orang itu memotong virus itu pada titik tertentu di hadapanku dan berkata, “Sekarang jika kita meletakkan virus yang lemah atau tidak berkesan ini ke dalam tubuh manusia, maka ia tidak akan membahayakan”.

 

“Dan sistem imun badan akan menghancurkan virus yang lemah itu, dan maklumat tentang virus ini akan didaftarkan ke dalam sistem imun,ertinya supaya badan akan mempelajari bagaimana untuk melawan virus ini”.

 

“Sekarang jika virus sebenar masuk ke badan manusia, maka sistem imun akan mengenalinya dan menghapuskan kesan negatif darinya, jadi ia tidak akan memberi kesan mudarat pada badan”.

 

Selepas itu aku berkata, bahawa konsep ini mungkin tidak difahami oleh orang awam, Tetapi jika aku terangkan kepada ahli medik (seperti doktor, saintis medic atau ahli virology) mereka akan faham dengan mudah.

 

Dan mimpi itu berakhir di sana.

 

Waalaikumussalam wbt.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)