DAJJAL DAN TAHAP KUASANYA (02 APRIL 2019)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.

 
 Di dalam mimpi ini, Muhammad Qasim melihat bahawa aku berada di bandarku dan keluar dari rumahku. Terdapat bangunan tinggi besar di hadapanku dan aku perlu memanjatnya dan kemudian aku memanjat bangunan itu juga.  


Kemudian pemandangan berubah di sini dan aku menaiki keretapi bersama-sama dengan yang lain dan landasan keretapi itu tidak rata, dan seseorang berkata bahawa keretapi itu mungkin terbalik kerana ia condong di sebelah.  


Kemudian aku melihat bahawa aku berada di kawasan pergunungan dan aku merasakan ia bukan kawasanku.  Aku melihat beberapa orang bersamaku yang merupakan sahabatku dan mereka berjalan di belakangku dan aku berjalan di hadapan mereka.  


Salah seorang daripada mereka berkata kepadaku bahawa, "aku boleh mencium bau Dajjal di sekitar ini".  Aku menjadi terkejut bahawa apa yang dia baru katakan!  Dia memanjat tebing dan menyentuh tanahnya dan kemudian dia menghidunya dan berkata aku dapat menghidu Dajjal di sekitar ini.

 

 Kemudian aku berfikir sendiri dengan terkejut bahawa jika ini adalah Dajjal maka masanya sangat dekat dan bagaimana dia keluar begitu awal?!  Kemudian aku mula berjalan di laluan dan orang-orang itu berhenti di sana.  


Laluan itu berada di antara dua gunung dan aku melihat dua orang muda berdiri di sana.  Salah seorang daripada mereka ialah Dajjal dan aku mengenalinya sebaik sahaja aku melihatnya dan terfikir sendiri apa yang dia lakukan di sini?  


Dajjal memberikanku senyuman jahat dan dia juga mengenaliku.  Dia kelihatan sangat muda dari rupanya dan tidak kelihatan lebih tua daripada usia 20 tahun.  Apabila melihatnya, aku berkata kepada diriku bahawa sekurang-kurangnya aku telah mengetahui bahawa dia telah dilahirkan ke dunia ini.  


Dia berdiri di situ dengan kedua tangannya diikat di belakang.  Kemudian dia berkata kepadaku, "Hai Qasim". Dan aku menjawab dengan berkata "Hai" dan aku berkata ini dengan suara yang sangat perlahan supaya orang di belakangku tidak mengetahui tentangnya.  


Aku cuba melihat wajahnya dengan dekat dan cuba juga mengingati wajahnya.  Semasa aku melihatnya dengan teliti maka aku berkata bahawa ini adalah peringkat awalnya dan dia hanya mempunyai kuasa tahap 1.  Dia tidak akan muncul di khalayak ramai sehingga dia mendapat kuasa tahap 4.  Kemudian aku bertanya kepada diri sendiri bahawa bilakah dia akan mendapat kuasa Tahap 4?  


Aku berkata begitu, kerana aku tidak dapat melihat tahi lalat di mukanya jadi ini bermakna apabila dia akan mendapat kuasa Tahap 4 maka akan ada tahi lalat di mukanya juga.  Apabila dia memandangku, dia mempunyai senyuman jahat di wajahnya dan seolah-olah dia sedang memantauku.  


Aku rasa seperti ada sebuah gua besar di belakangnya seolah-olah dia sedang membuat kerja di situ.  Dia dan pembantunya berdiri di jalan untuk menghalangku daripada mengikuti jalan itu.  Kemudian aku berfikir dalam hati bahawa dia mungkin tidak melawanku di sini tetapi jika dia cuba menyerangku dan melawanku maka aku akan membaca Surah Ikhlas.  

 

Dan mimpi itu berakhir di situ.

#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)