DAJJAL DITIMBUS (4 NOVEMBER 2015)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.

 

4 November 2015. Di dalam mimpi ini, aku berada di satu tempat dan melihat ada janakuasa besar di mana Dajjal menggunakannya untuk meningkatkan kekuatannya. Dia  memasang beberapa peralatan khas untuk dia berjaya mencapai peningkatan kuasanya.

 

Dia juga dibantu oleh sekumpulan orang. Dajjal mendatangkan malapetaka di satu tempat dan mengajak orang-orang agar bergabung dengannya dan dia akan membunuh mereka yang tidak mematuhinya.

 

Pada kesempatan yang lain, aku melihat Dajjal di dalam bentuk yang sangat berbeza. Dia sangat menakutkan, sangat tinggi dan sangat kuat. Dia berkata: "Nanti apabila kekuatanku memuncak, aku akan mendapatkan lebih banyak kekuatan baru. Aku akan memasukkan ketakutan di dalam hati manusia di seluruh dunia dan semua orang mesti tunduk kepadaku atau aku akan membunuh mereka".

 

Aku merasa terganggu melihat perkara ini dan tertanya: "Bagaimana aku boleh mengisi dunia ini dengan kedamaian dan bagaimana aku boleh menyebarkan Islam yang benar di dunia sekali lagi, jika Dajjal telah muncul?"

 

Kemudian aku berdoa:"Ya Allah, lakukanlah sesuatu untuk menghentikan Dajjal". Allah kemudian memberiku senjata seperti pedang. Aku pergi ke tempat janakuasa dimana Dajjal meningkatkan kuasanya. Kemudian aku merosakkan semua peralatan yang dipasang oleh Dajjal dengan senjata yang diberikan oleh Allah .

 

Ketika aku sedang menghancurkan semua itu, Dajjal tiba-tiba datang entah dari mana, berlari dan berkata: "Qasim, kau tidak boleh menghancurkannya dan aku tidak akan membiarkan kau!“ Kemudian aku berkata: “Kau itu pembuat masalah dan menyebabkan kekeliruan dan kekacauan, memang sepatutnya kau terima ini.” Dajjal berkata lagi: “Bagaimana kau boleh berfikir kau itu boleh menghentikanku?”

 

Aku kemudian memukul Dajjal dengan pedang yang diberikan oleh Allah dan dia terluka parah tetapi dia tidak mati. Dia tidak boleh bergerak, dan aku terus menguburkannya di kedalaman bumi dan menutup dengan cairan besi di atasnya. Kemudian aku berkata pada diriku sendiri: "Dajjal belum mati, tapi dia perlu waktu bertahun-tahun lamanya untuk keluar dari sini.


  #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)