DAJJAL MENGHANTAR RIBUT PETIR (19 OGOS 2017)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Aku melihat mimpi ini pada 19 Ogos 2017. Aku sedang berada di atas
bumbung sebuah rumah yang sangat besar yang mana rumah tersebut terhubung
dengan rumah-rumah kecil yang lain, iaitu rumah-rumah di mana aku dan juga
beberapa orang muslim yang lain menetap.
Dari jauh, aku melihat ada dua rumah besar yang terpisah dan di
sekitarnya ada beberapa rumah kecil di mana ada orang-orang muslim juga tinggal
di situ.
Dan di sekitar sana ada beberapa bangunan besar yang megah, di mana
aku melihat ada orang-orang yang sedang membuat sebuah pesawat besar
bersama-sama, tetapi mereka memperbaiki enjin pesawat itu hanya pada satu sayap
sahaja dan tidak membaiki pada sayap satu lagi.
Ketika pesawat itu mula terbang, aku menjadi terkejut. Aku berkata,
“Orang jenis apa ini yang mahu membuat pesawat begitu besar tapi tidak
memperbaiki kedua sayapnya sebelum terbang?
Pesawat ini akan terhempas sebaik saja ia berlepas dan akan
menyebabkan banyak kehancuran!”
Kemudian aku melihat pesawat itu berbelok sedikit, dan tiba-tiba ia
hilang kawalan dan terbang ke arah rumahku.
Aku jadi takut. Ketika ia terhempas, berlaku letupan yang sangat besar
yang menyebabkan aku tertiarap kerana terkejut. Aku mengumpulkan keberanian dan
bangun semula.
Aku melihat pesawat itu terhempas di atas rumah yang berdekatan
denganku dan rumah itu hancur lebur. Percikan api jatuh di mana-mana, sehingga
menyebabkan tembok di rumah kami terbakar.
Orang-orang di dalam rumah kami menjadi takut, dan berkata, “siapa
yang buat ini?”
Kemudian aku pergi mencari dan melihat tempat dari mana pesawat ini
berlepas. Berhampiran dengan tempat tersebut, aku melihat dajjal sedang berada
di atas bumbung sebuah rumah.
Aku terkejut dan merasa pelik, "apa yang dia buat di situ?"
Dia seperti sedang melakukan sesuatu yang ganjil.
Kemudian dia menggunakan kekuatannya untuk menyatukan angin dan awan,
dan sebuah ribut petir yang menakutkan pun terbentuk.
Dia menghantarnya ke tempat di mana dua rumah besar dan beberapa rumah
kecil berada.
Ribut petir itu sangat menakutkan sehingga kaum muslimin menjadi takut
walaupun hanya dengan melihatnya saja.
Ribut itu berhenti di atas rumah-rumah itu. Awan gelap yang tebal
dengan kilat dan angin kencang terus berlegar di atas bumbung rumah-rumah
mereka, berputar-putar seperti puting beliung yang sangat besar.
Rasanya seolah-olah ribut petir itu akan menghancurkan segalanya.
Ribut itu teramat-sangat besarnya sehingga awan-awannya sampai ke atas
bumbung rumahku. Sebuah bencana dahsyat sedang dihantar ke rumah-rumah orang
islam.
Tidak ada seorang muslim atau pun ulama yang sanggup mengumpulkan
keberanian untuk berkata apa-apa.
Semua muslim mula berdoa kepada Allah ﷻ untuk
menghentikan ribut petir ini atau menyelesaikannya.
Aku berkata, “dajjal yang melakukan semua ini, lebih baik kita
berusaha melakukan sesuatu yang praktikal diiringi dengan doa.”
Aku sedang memerhatikan dajjal. Dia sedang melihat ke arah langit dan
seperti sedang memikirkan sesuatu. Aku tertanya, apa yang dia sedang lihat dan
apa yang sedang dia tunggu?
Kemudian tiba-tiba dajjal mengangkat tangannya ke langit dan melakukan
sesuatu. Aku memutuskan lebih baik aku turun ke bawah sana dan berusaha
mencegah kejahatan yang seterusnya.
Bila aku pergi saja, hujan mula turun. Ketika aku berjalan turun, aku
menyedari bahawa siling rumah telah dipenuhi oleh titisan air.
Aku berkata, “Apa ini? Air hujan bocor dari atap? Padahal tidak ada
satu lubang pun!” Kemudian aku melihat di tingkat bawah, aku nampak juga ada
air bocor dari siling seperti sebelum ini.
Aku menjadi sangat ketakutan, tertanya, bagaimana perkara ini boleh
terjadi? Ini akan menghancurkan rumah kita secara keseluruhan!
Aku melihat orang lain dan mereka juga nampak sangat bimbang.
Kemudian aku naik semula ke bumbung. Hujan sangat lebat sehingga tidak
ada apa yang dapat dilihat dari jauh.
Aku melihat ke satu sudut dan mendapati bahawa air telah terkumpul di
dalam rumah.
Air itu menolak dengan ganas, sehingga aku rasa ia akan meruntuhkan
dinding-dinding.
Aku melihat ke arah pintu utama dan pintunya sedang tertutup. Aku
terkejut melihat kekuatan dajjal.
Aku berkata, “aku mesti membuka pintu itu supaya airnya dapat keluar
dan tekanannya hilang sebelum dindingnya runtuh.”
Aku pun pergi ke tingkat bawah dan melihat ramai orang tenggelam di
dalam air.
Aku berenang menuju ke pintu utama dan memegangnya. Air menolakku ke
belakang dengan kuat tetapi aku berjaya membuka pintunya. Semua air yang ada
pun keluar dan kami semua selamat.
Mereka berkata, “Qasim, kalau kau tak sempat buka pintu itu, pasti
kami akan mati lemas.”
Kemudian tiba-tiba, beberapa tentera datang dan memberi amaran kepada
kami tentang orang-orang yang menyerang rumah-rumah kami.
Orang ramai menjadi tertekan dan berkata, “bagaimana satu masalah baru
saja selesai, sekarang sudah datang masalah lain?”
Ketika para tentera itu pergi, aku memutuskan untuk mengikut mereka
demi melindungi orang-orang yang tidak bersalah.
Tapi kemudian aku berhenti dan menyedari, bahawa aku memerlukan
persenjataan untuk bertempur.
Selepas mencari-cari di dalam rumah, aku menjumpai beberapa peluru,
satu senjata besar dengan sebuah teropong dan juga pakaian seragam di dalam
satu bilik.
Aku melihat bahagian belakang rumah itu ada rosak sedikit dan ada
rumah lain di sebalik dinding itu. Kemudian aku kembali ke jalan tadi.
Tentera-tentera tersebut sedang memerangi beberapa orang tetapi
senjata mereka tidak kuat dan hampir habis sedangkan pihak musuh terlalu kuat.
Pihak musuh ada benteng pertahanan yang sangat kuat menyebabkan pihak
tentera kita berada dalam keadaan serba kurang.
Aku bersembunyi dengan baik dan meneropong. Aku dapat melihat di
sebalik dinding dengan sangat jelas. Aku mensasarkan dan mengaktifkan senjata
itu. Ia berjaya menembus dinding dan kena pada musuh itu.
Musuh tersebut jatuh dan tidak sedarkan diri. Aku jadi kagum
memikirkan, “senjata apa ini?” Aku mengaktifkan senjata tersebut beberapa kali
lagi dan akhirnya semua musuh jatuh pengsan.
Tentera-tentera juga melihatku dan terkejut melihat senjata apakah
itu. Aku
berkata kepada mereka, “musuh-musuh ini sangat kuat dan hanya senjata
ini dapat menghentikan mereka.”
Kemudian kami pergi ke sebuah bilik dan di sana ada seorang lelaki
yang mengawal seluruh bangunan.”
Setelah melihatnya, aku tahu bahawa dia adalah seorang pembantu
dajjal. Aku menangkap orang itu dan berkata kepada para tentera, “jaga dia
baik-baik! Dia tahu di mana "pemimpinnya".
Aku tidak beritahu kepada para tentera bahawa dajjal sebenarnya yang
menghantar orang-orang ini.
Kemudian kami pulang, dan para tentara berkata bahawa semua musuh
telah ditakluk dan semua orang gembira.
Mereka berkata, “Qasim telah mengalahkan semua musuh-musuh ini ketika
kami tidak dapat melakukan apa-apa.”
Orang-orang menjadi terkejut, dan bertanya, “Qasim, bagaimana kau
dapat mengatasi musuh-musuh? Dari mana kau dapat senjata dan seragam itu?
Adakah kau seorang tentera?”
Aku berkata, “Ya, aku adalah tentera Allah ﷻ dan aku dapat mengalahkan musuh-musuh itu dengan bantuan Allah ﷻ.”
Kemudian aku terfikir tentang dajjal dan berkata, “ini baru
permulaan.”
Qasim juga berkata, “aku tak sempat lihat bagaimana kemusnahan akibat
ribut petir itu, kerana hujan yang sangat lebat.”
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment