DAJJAL; PANGLIMA PERANG SYAITAN YANG KAYA
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wrt.
Aku
telah melihat mimpi tentang dajjal dan aku akan menceritakan mimpi itu kepada
kalian dalam dua bahagian.
Ini
adalah bahagian pertama. Aku telah melihat dajjal berkali-kali dalam mimpiku.
Tinggi
badan dajjal adalah 6 kaki 1-2 inci. Rambut sedikit kerinting dan berwarna agak
hitam.
Muka
dajjal terlihat kejam dan bila dia berjalan seolah-olah tidak ada yang akan
sanggup berdiri di hadapannya.
Dajjal
kelihatan seperti orang normal pada aku tapi dia mempunyai banyak kekuatan
sihir.
Dalam
satu mimpi Syaitan memanggilnya sebagai ‘Panglima Perang Kami Yang Kayaʼ.
Kelak
Allah ﷻ akan mengisi seluruh
dunia ini dengan cahaya-Nya dan rahmat-Nya, dunia akan dipenuhi kedamaian untuk
sementara waktu. Dan selepas beberapa tahun dajjal tiba-tiba muncul.
Ketika
dajjal muncul maka orang bertaqwa menjadi risau. Dajjal mengaku sebagai Tuhan
dan dia juga memiliki kekuatan sihir.
Dajjal
mencuba untuk menggoda orang ramai dengan janji-janji palsu untuk kekal muda
dan hidup selama-lamanya.
Dan
orang-orang yang lemah imannya mula mengikutnya dengan sangat cepat.
Aku
kemudian pergi untuk menghentikan dajjal dan dia berkata, “Qasim, bergabunglah
dengan aku, aku akan memberimu hidup kekal dan kekal muda.”
Jadi aku
pun tanya pada dajjal, “Apa yang akan berlaku selepas itu? Kita semua tetap
akan mati satu hari nanti. Dan kau tidak akan berjaya dengan rancangan kau.
Dan kau
juga akan mati satu hari nanti. Tuhan aku dan kau adalah satu, Allah ﷻ, Tuhan Seluruh Alam.”
Selepas
mendengar itu, dajjal menjadi kecewa dan mengubah penampilannya menjadi sangat
menakutkan.
Dan
badanku mula menggigil. Dan aku tidak dapat mengumpulkan keberanian untuk
berkata apa apa.
Dan
dajjal berkata kepadaku, “Qasim, jika kau tidak bergabung dengan aku maka aku
akan membunuh kau! Jadi baliklah dan fikirkan baik-baik jalan mana yang kau
hendak pilih.”
Kemudian
aku balik berjumpa umat Islam dan berkata, “Jika ada sesiapa yang pergi
menghadap dajjal, maka kemungkinan 99.9% dia akan bergabung dengannya.
Dajjal
adalah fitnah/ujian yang dahsyat dan hanya orang-orang yang mendapat rahmat
khusus dari Allah ﷻ sahaja yang boleh menyelamatkan diri dari fitnahnya.
Dan,
wahai kaum muslimin, daripada bergabung dengan dajjal lebih baik kita mati
sebagai muslim! Mari kita mati di jalan Allah ketika melawan dajjal!”
Semua
muslim setuju, kemudian kita berperang besar melawan dajjal. Cahaya Allah ﷻ muncul di jari telunjuk
kananku dan aku terus melawan dajjal dengan Cahaya Allah itu, supaya dia tidak
dapat menggunakan kuasanya ke atas tentera muslim.
Tentera
Muslim melawan tentera dajjal, dan aku melawan dajjal supaya tentera muslim
dapat menghancurkan tentera dajjal sebanyak mungkin.
Aku
terus melawan dajjal dalam tempoh masa yang lama dengan Cahaya Allah itu.
Tetapi dajjal sangat kuat.
Dan
ketika aku berlawan dengannya, tiba-tiba cahaya Allah hilang dari jari
telunjukku lalu aku pun berkata kepada
diriku, “Qasim, lari dari sini.”
Kemudian
dajjal mengejarku dan berkata, “Qasim aku tidak akan membiarkan kau hidup hari
ini!”
Dan aku
mula berlari di atas udara dengan rahmat Allah ﷻ, dan aku terus berlari sampai ke kawasan
pergunungan dan dajjal mengejarku sampai ke sana.
Dajjal
menyerangku dari belakang dan aku terjatuh dan terluka. Ada sebuah batu besar
di sana itu terbuka dan berkata, “Qasim, bersembunyilah di dalamku, aku akan
menyelamatkanmu dari dajjal,” tetapi aku menolak sedangkan dajjal terus
mendekat kepadaku dan berkata: “Qasim, bersiap sedialah untuk mati!”
Dia
hendak membunuhku tapi pada ketika itu aku memanggil Allah ﷻ, “Yaa Allah, tolonglah
aku!” dan kemudian satu lafaz tulisan "Allah" turun dari langit.
Dan
kemudian Allah ﷻ melemparkan kilat ke atas gunung di situ. Dan keluar bunyi yang
menakutkan dan gunung itu menjadi hitam kemudian pecah berkecai.
Dajjal
pun pengsan dan terjatuh.
Dan
kemudian Allah ﷻ menyembuhkan lukaku dan berkata, “Dajjal hanya akan pengsan
selama empat jam dan dia akan bangun selepas empat jam.
Pergilah
dari tempat ini dan sembunyikan dirimu di satu tempat selagi Aku belum memberi
perintah, dan jangan datang di hadapan dajjal!”
Aku
bersyukur kepada Allah ﷻ kerana Dia telah menyelamatkanku, kemudian aku lari dari situ.
Ketika
dajjal sudah terbangun, dia menyangka bahawa dia telah membunuhku.
Dan
dajjal kembali ke arah umat Islam dan berkata kepada mereka bahawa dia telah
membunuhku.
Dan kaum
muslimin merasa lemah setelah mendengar itu. Maka dajjal meneruskan misinya
lagi tanpa ada halangan.
Semangat
kaum muslimin menjadi lemah kerana khabar kematian ku.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment