DARI KEGELAPAN MENUJU CAHAYA (MAC 2015)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.

 

Pada bulan Mac 2015, aku  melihat di  dalam mimpi bahawa aku  sedang berada di rumah lamaku dan semuanya rosak dan tidak ada pencahayaan. Aku berkata mungkin ini sudah takdirku bahawa aku akan hidup di dalam gelap selama-lamanya.

 

Tetapi kemudian Allah muncul di atas takhta-Nya dan berkata “Qasim, sampai bila kau akan terus hidup di dalam gelap ini? Keluarlah dari rumah kamu dan carilah satu tempat dengan rahmat dan barakah-Ku, iaitu tempat yang tidak ada kegelapan dan kesedihan.”

 

Dengan segera aku meninggalkan rumahku dengan gembira sambil memikirkan betapa baiknya Allah kerana Dia telah datang untuk mengeluarkan aku dari kegelapan ini.

 

Aku berjalan tak berapa jauh, kemudian aku melihat ada 8 atau 10 singa lapar berukuran besar sedang mengaum. Aku lari ke dalam rumahku ketakutan dan menutup pintu di belakangku.

 

Aku mengadu kepada Allah dan Dia berkata “Percayalah kepada-Ku, tidak ada satu pun mereka itu yang boleh menyentuhmu.”

 

Aku melihat dari tingkap untuk mencari singa-singa tadi. Anjing-anjing yang menakutkan berlari ke tingkap sambil menyalak dengan ganas. Aku jatuh terduduk ketika anjing-anjing itu mendekat.

 

Anjing-anjing itu melanggar besi penghadang tingkap itu lalu mereka jatuh pengsan. Aku duduk di sudut dinding, mengadu ketakutan kepada Allah sambil meragukan kenyataan-Nya yang sebelum ini.

 

Allah menjadi marah dan menyambar anjing-anjing itu dengan kilat dan mereka pun mati di situ.

 

Allah berkata, “Qasim, ikutlah perintah-Ku atau hiduplah di dalam kegelapan ini selama-lamanya,” dan “Percayalah kepada-Ku, Aku akan melindungimu dan membuatmu mencapai takdirmu.

 

Dan Qasim, Aku Maha Berkuasa atas apa yang Aku kerjakan.”

 

Allah pun pergi dan aku terus berbaring di sana, berfikir tentang apa yang patut aku lakukan.  Lalu  aku  berfikir,  apapun  yang  aku  lakukan,  kematian  pasti datang.

 

Lebih baik mati di luar sana daripada mati di dalam kegelapan ini dan Allah pun telah menjanjikan kepadaku perlindungan dan kejayaan.

 

Maka aku mesti meletakkan kepercayaanku kepada Allah . Maka aku membaca Bismillah dan meninggalkan rumah dalam perasaan takut dan gementar.

 

Tetapi aku biarkan pintu depan terbuka supaya aku boleh berlari balik dengan mudah.

 

Aku berjalan perlahan-lahan dengan sangat berhati-hati. Pada mulanya aku tidak melihat satu pun singa. Kemudian aku berjalan terus dan melihat ada potongan lengan seekor singa.

 

Aku berfikir, siapakah gerangan yang boleh membunuh seekor singa yang menakutkan. Semakin aku jauh ke depan, aku melihat ada sepotong kepala singa.

 

Kemudian juga ada beberapa potongan tubuh singa. Aku merasa tenang dan menyedari bahwa Allah sedang melancarkan perjalananku.

 

Kemudian aku mula mencari-cari Allah , untuk mengetahui apa yang perlu dibuat seterusnya.

 

Aku melihat ada sebuah bangunan besar dan aku memanjat atapnya untuk mencari Allah.

 

Aku melihat Cahaya Allah pergi ke satu tempat, lalu aku pun mengikutnya. Ketika aku mencapai Cahaya itu, ia pun hilang.

 

Cahaya Allah itu sangat menakjubkan sehinggakan aku tidak sedar aku telah berada di atas tanah. Aku terkejut, berfikir, bagaimana aku boleh tidak jatuh?

 

Aku kemudian sedar, pasti Allah lah yang menjaga badanku sepanjang masa.

 

Aku merasa sangat bersemangat dan aku memanggil Allah berkata “Dimanakah Engkau?” Kemudian Allah menyebut nama tempat yang perlu dituju dan berkata, “Qasim, Aku di sini. Datanglah cepat!”

 

Dengan sepenuh tenaga, aku melihat ke kawasan itu dan berfikir bahwa aku mesti bertemu-Nya. Kemudian aku melihat ada sebuah motor hitam besar yang mewah.

 

Aku menunggangnya tetapi jalan dipenuhi oleh lumpur dan melambatkan aku. Aku mengharap jalan itu lebih elok supaya aku boleh pergi dengan lebih cepat.

 

Ketika aku berkata seperti itu, sebuah karpet berwarna hitam muncul dari bumi dan terbentang.

 

Aku menjadi gembira dan menunggang motorku dengan kelajuan penuh, pergi ke tempat yang dituju. Itu adalah sebuah bangunan mewah yang sangat besar dan indah. Aku berlari ke dalam dengan semangat.

 

Suasananya sangat tenang dan menyejukkan dan di sana sangat damai. Warna dan bentuknya agak pudar, dan ia terlihat sangat menarik seolah-olah ada orang baru saja mengecat bangunan itu.

 

Dan aku merasa, Allah akan membangunkan kembali bangunan itu dan membuatnya baru.

 

Aku pergi dari satu ruangan ke ruangan lain dan sampai ke sebuah dewan besar. Dan di dewan besar itu ada cahaya Allah.

 

Allah berkata, “Qasim, bukankah aku katakan kepadamu bahwa Aku akan membawamu ke sini dengan  selamat?”

 

Aku  berkata kepada Allah , “Engkau telah menjadikan benar perkataan-Mu dan Engkau telah menunjukkan kepadaku jalannya.

 

Engkau mengeluarkan aku dari kegelapan dan Engkau membawaku kepada cahaya. Sungguh, Engkau adalah Sebaik-baik Pemberi Petunjuk. Sekarang, aku akan menyelesaikan baki tugasanku sehingga esok pagi. Kemudian aku akan memberi-Mu laporan tentang penyelesaian tugasanku.”

 

Allah menjawab dengan nada yang serius, berkata “Qasim, jika kamu menyelesaikan semua tugasanmu esok, maka Aku akan memulakan hari kiamat di petang hari.”


 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)