DENDAM DIBALAS DENDAM (03 JANUARI 2020)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Di dalam mimpi ini, aku melihat selepas pembunuhan Jeneral Iran oleh tentera Amerika Syarikat, kerajaan Iran menjadi sangat marah. Sepertinya Iran disokong oleh beberapa sekutu Timur Tengah yang lain, juga kerana muka mereka agak serupa dengan orang dari negara-negara Timur Tengah yang masyhur.

 

Semua orang ini berikrar untuk membalas dendam. Kemudian aku melihat dua pesawat jet pejuang Amerika terbang di langit dan berlatih mengadakan beberapa latihan pertahanan. Dari seberang sana, kira-kira lima pesawat jet pejuang terbang dan mengepung salah satu jet pejuang Amerika Syarikat dan telah memusnahkannya dengan serta merta.

 

Aku dari posisi agak dekat dengan jet pejuang yang musnah itu kerana aku menyaksikan semua perkara ini. Aku berkata kepada diri sendiri bahawa “Mereka telah memusnahkan jet pejuang Amerika Syarikat itu dan ini adalah sangat tidak baik kerana mereka tidak sepatutnya melakukan ini terhadap negara berkuasa besar seperti Amerika Syarikat, tanpa mempunyai strategi dan perancangan yang betul."

 

Sebahagian umat Islam yang telah  menyaksikan semua ini dari tanah besar menjadi sangat gembira dan mula menjerit slogan dalam meraikan bahawa “Kami telah memusnahkan jet pejuang Amerika Syarikat." Kemudian mereka juga menembak jatuh sebuah lagi pesawat jet pejuang Amerika Syarikat yang kedua dan sekali lagi mereka menjadi sangat

gembira dan mula meraikan sambutan.

 

Juruterbang mereka juga menjadi sangat gembira bahawa; “Kami sudah sampai ke tahap di mana kami telah membalas dendam atas apa yang Amerika Syarikat sudah lakukan.” Sebaliknya, seluruh dunia Islam mula takut akan hal itu dan mula bertanya, "Apa yang sedang berlaku? Sekarang Amerika Syarikat pasti akan membalas dendam dan itu bukan perkara yang  biasa."

 

Kemudian aku mendapati diriku berada di Timur Tengah di mana aku menilai keadaan dan melihat rumah orang, aku berkata kepada diriku bahawa “Ketika ini segala-galanya nampak baik, tetapi apabila Amerika Syarikat akan mula menyerang, maka mereka semua akan dibinasakan dan semua orang harus melarikan diri dari sini dan huru-hara akan tersebar ke merata tempat.” Oleh itu aku memutuskan untuk meninggalkan tempat itu sebelum kemusnahan berlaku.

 

Mimpi itu berakhir di situ. Waalaikumussalam wbt.


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)