DUA WAJAH DAJJAL (10 NOVEMBER 2021)
BismillahirRahmanirRahim.
Assalamualaikum wbt.
Beberapa
hari yang lalu, Qasim telah menyaksikan satu mimpi yang pendek, bahawa ada
seseorang lelaki berumur pertengahan yang penampilannya seperti seorang yang
solih dan sedang melakukan kerja-kerja kebajikan dan membantu orang miskin.
Lelaki
tersebut menampakkan dirinya dan berpura-pura sebagai orang baik, soleh dan
berwatak seperti alim ulama.
Kemudian
Qasim mendapati dirinya sedang berada di satu tempat yang lain dimana ada
seseorang sedang mencarinya.
Orang
tersebut memakai pakaian hitam dan bertudung kepala (hoodie). Lelaki tersebut
sedang mencari Qasim untuk menyakitinya.
Setelah
itu Qasim mendapati dirinya sedang berada di dalam satu tempat yang tidak mudah
dilihat seperti sebuah cerobong asap atau sebuah tempat pemanasan badan
(sebagaimana terdapat di negara-negara barat).
Qasim
merasa melihat dirinya sedang bersembunyi, manakala lelaki misteri tadi
sedang mencari Qasim.
Akan
tetapi lelaki bertudung kepala tadi tidak dapat melihat Qasim kerana
kedudukannya tersorok tetapi Qasim dapat melihat lelaki tersebut.
Tidak
berapa lama kemudian, lelaki misteri tadi terjumpa seorang wanita dengan
berpakaian muslimah. Wanita tersebut seorang yang solehah.
Qasim
melihat lelaki tadi menyembelih wanita tersebut. Ketika lelaki itu membunuh
wanita tersebut, wajahnya sedikit terlihat oleh Qasim, maka Qasim berkata pada
dirinya sendiri bahawa, ‘Aduh ini dajjal’.
Padahal
sebelum ini Qasim tidak tahu siapa orang yang sedang mencarinya dan mengejarnya
adalah Dajjal, sehingga beberapa ketika kemudian, Qasim menyedari bahawa “Aduh!
dajjal sedang mengejarku.”
Jadi aku
menyedari dan membuat kesimpulan dari mimpi ini adalah tentang dua wajah
dajjal.
Di depan
masyarakat, dajjal menunjukkan watak seperti seorang yang soleh,dengan berwatak
lelaki umur pertengahan dan sering membuat kebajikan sosial dan menampakkan
dirinya sangat alim seperti ulama dan sangat prihatin kepada masyarakat.
Disisi
lain ia sebenarnya merupakan pembunuh yang zalim yang menzalimi orang-orang
muslim dan orang-orang yang soleh tanpa alasan. Dia menjalani hidup
seperti dua wajah dengan dua penampilan yang berbeza.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment