ELEKTRIK | MUSLIM BIASA AKAN MENJADI ORANG PERTAMA YANG PERCAYA MIMPI MUHAMMAD QASIM (20 SEPTEMBER 2015)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.
Aku melihat melihat sebuah mimpi bahawa kegelapan
di semua tempat. Kami mempunyai segalanya tapi tidak ada elektrik untuk
menyalakan lampu. Dan semua orang mencari elektrik.
Kemudian aku melihat bahawa Allah ﷻ memberi aku elektrik dengan rahmat-Nya. Lalu aku pergi menemui
ulama', mufti dan pemimpin dan aku berkata kepada mereka bahawa aku mempunyai
elektrik dan aku boleh menyalakan lampu rumah orang ramai dengan itu. Tapi ulama,
mufti dan pemimpin tidak percaya kepada aku bahawa aku betul-betul mempunyai
elektrik. Mereka berkata bahawa aku berbohong.
Ulama, mufti dan pemimpin tidak setuju saja
denganku dan mereka tidak berkata apa apapun lagi kepadaku. Mereka juga tidak
menghentikan atau melarang aku mengatakan ini kepada orang lain. Mereka (hanya)
berkata, “Biarkan saja dia lakukan apapun yang dia mahu kerana dia hanya
membuang masa. "Dia tidak ada elektrik.”
Tapi Allah ﷻ
berkata kepadaku, “Qasim, jangan bimbang! Aku bersamamu. Tidak ada yang boleh
menghentikanmu dan Aku akan membantumu.”
Dan kemudian Allah ﷻ membantuku dan orang biasa mula percaya pada perkataanku.
Berita ini tersebar ke seluruh dunia dan kemudian semua orang mempercayaiku.
Dan mereka pun berkata, “Nyalakanlah semuanya dengan elektrik yang telah
diberikan oleh Allah ﷻ kepadamu.”
Kemudian ketika aku menyebarkan nyalaan cahaya
dengan rahmat Allah, maka ulama berkata, “Aduh! Sepatutnya kita percaya pada
dia sejak dulu lagi.”
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment