EMPAT BUAH BULAN (24 NOVEMBER 2015)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Pada tarikh 24 November 2015, (di dalam mimpinya)
Muhammad Qasim melihat ada kegelapan di mana-mana. Langit juga gelap dan ada
mesin dan pesawat besar yang terbang melintasi langit.
Mereka memiliki segalanya di bawah kawalan mereka
dan orang ramai tidak ada pilihan kecuali menerima penindasan mereka.
Lalu aku (Qasim) berkata pada diriku, berdasarkan
mimpiku, ketika kegelapan ada di mana-mana dan aku melihat empat buah bulan,
maka ini adalah petanda bagiku bahawa pertolongan Allah ﷻ akan segera datang.
Aku pun melihat langit dan aku melihat ada bulan
yang pertama. Kemudian aku juga melihat ada bulan yang kedua dan yang ketiga.
Kemudian aku berkata, “Bulan yang keempat juga
sepatutnya sudah ada di sini tapi aku tidak melihatnya.”
Dalam kebingungan aku melihat ke seluruh langit
tapi aku tidak melihatnya. Aku kecewa dan mengeluh kepada Allah ﷻ dan berkata “Bilakah pertolongan-Mu tiba?”
Ketika itulah aku melihat lagi ke langit dan
tepat di atas diriku, aku melihat ada bulan yang keempat.
Aku sangat gembira kerana mengetahui bahawa janji
Allah ﷻ telah tiba.
Aku terus naik ke sebuah bangunan yang sangat
tinggi dan aku lari dan melompat dari tepi bangunan itu. Dan aku berlari di
atas udara dengan rahmat Allah ﷻ.
Kemudian cahaya Allah ﷻ muncul di jari telunjuk tangan kananku. Lalu aku mula
menghancurkan mesin raksasa dan pesawat berbahaya itu sambil berlari di udara.
Orang ramai menjadi semakin mempunyai harapan,
kerana sekurang-kurangnya ada seseorang yang mencuba menghancurkan
pasukan-pasukan jahat itu.
Dengan bantuan Allah ﷻ aku menghancurkan semua mesin itu, kecuali satu yang bersaiz
besar.
Mesin itu menembakku dengan dahsyat tetapi aku
terus berlari ke arahnya dengan sangat cepat.
Kemudian aku lemparkan cahaya Allah ﷻ ke langit dan cahaya itu dengan cepat tersebar ke seluruh
langit dan menghancurkan mesin itu sekelip mata.
Kemudian seluruh langit dipenuhi dengan cahaya
Allah ﷻ. Kita semua akhirnya mendapat kebebasan kita sekali lagi dan
semua orang bahagia. Maka aku turun ke daratan dan orang-orang berkerumun di
sekelilingku. Mereka berkata, “kamu telah melakukan sesuatu yang mengkagumkan!”
Dan aku berkata, “Tidak, semuanya menjadi
kenyataan kerana pertolongan Allah ﷻ. Dan
Allah ﷻ benar-benar menolong hamba-hamba-Nya.”
Selepas itu, orang-orang mengundangku ke rumah
mereka untuk meraikan (kemenangan). Aku berkata bahawa itu tidak perlu tapi
mereka bertegas.
Kemudian aku bergurau, “Kalau aku boleh mengklon
diriku sendiri, mesti aku boleh pergi ke rumah semua orang.”
Mereka ketawa dan berkata, “Apapun yang terjadi,
kami tidak akan pernah meninggalkanmu sendirian.”
Mimpi itu pun berakhir di sana.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment