ERA KEDAMAIAN SELEPAS HURU HARA (31 MAC 2018)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.

 

31 Mac 2018. Aku mendapati diriku di sebuah rumah yang terletak di Timur Tengah. Ini adalah sebuah rumah yang sangat besar akan tetapi reka bentuknya kuno.

 

Terdapat begitu banyak bilik di dalam rumah tersebut dan dinding-dindingnya dicat hijau. Ada ramai orang di bilik-bilik dalam rumah ini yang sibuk dengan urusan mereka sendiri masing-masing.

 

Aku berkata pada diri sendiri “Apa yang aku buat di rumah ini?” Aku berjalan-jalan di dalam rumah tersebut dan ada sebuah jendela di salah satu ruang yang terbuka.

 

Di situ aku melihat seorang kanak-kanak yang berusia sekitar 12 tahun dan dia sedang melihat sesuatu di luar melalui jendela itu. Aku juga turut melihat keluar melalui jendela tersebut.

 

Aku melihat ada sebuah rumah yang terletak agak jauh. Rumah tersebut sangat moden dan kelihatan seperti sebuah bangunan besar dan terdapat begitu ramai orang di sana.

 

Ada seorang lelaki yang memiliki sebuah kereta merah dan dia sedang memandunya di sana. Aku merasakan bahawa lelaki itu adalah ketua keluarga tersebut. Dia sedang melakukan drift dengan keretanya dan menunjukkan skill yang berbeza-beza.

 

Orang di sekelilingnya memuji sambil menontonnya. Lelaki tersebut sebenarnya sedang melakukan skill yang sangat hebat. Apabila aku mula berjalan ke arah ruang lain, seorang kanak-kanak yang berdiri berhampiranku datang berlari ke arahku dan menyapaku dan memberitahuku siapa namanya dan aku menyambutnya kembali.

 

Dia bertanya kepadaku, “Adakah anda telah melihat betapa hebatnya lelaki tersebut melakukan drift dengan kereta tadi?!” Aku berkata kepadanya, “Ya, aku telah melihatnya. Itu adalah hobi orang-orang kaya. Dia memiliki sebuah kereta dan kawasan yang luas, itulah sebab dia menunjukkan skill yang berbeza-beza.”

 

Kemudian anak itu berkata kepadaku, “Bolehkah kamu bermain kriket denganku? Aku mempunyai kayu pemukul dan bola.” Aku menjawab kepadanya, “Ya, kenapa tidak?!”

 

Pada masa itu juga ibunya memanggilnya dari bilik lain dan berkata kepadanya, “Pertama, siapkan dulu kerja sekolah kamu dan bermainlah selepas itu.” Lalu kanak-kanak itu berkata kepadaku, “Tolong tunggu disini, aku akan menyiapkan kerja sekolah dan juga membawa kayu pemukul dan bola apabila aku kembali.”

 

Aku mengatakan kepadanya, “Tak mengapa, aku akan tunggu disini!”

 

Lalu tiba-tiba ada sesuatu yang muncul di fikiranku, sehingga aku berjalan ke arah jendela tadi semula dan mula menonton si lelaki dengan kereta merah tersebut. Setelah beberapa lama, lelaki lain datang mendekati jendela dan juga menonton skill kereta tersebut.

 

Aku memandang rumah moden itu dan rumah tersebut telah dibina dengan kukuh dan kelihatan sangat elok dari sini. Lelaki dengan kereta merah itu berteriak dengan bangga, “Lihatlah, aku sedang melakukan skill yang hebat.”

 

Lalu tiba-tiba aku mendengar satu bunyi yang ganjil dari bahagian bawah dinding-dinding rumah (lelaki dengan kereta merah) itu dan tanah di sekeliling mereka mula tenggelam.

 

Selepas itu dinding-dinding rumah tadi juga mula runtuh. Setelah melihat itu, aku memberitahu lelaki yang berdiri di sebelahku di tempat kejadian tersebut, “Lihat! tanah mula tenggelam di sana dan dinding-dindingnya juga mula runtuh.”

 

Dia terkejut melihat itu dan berkata, “Bagaimana boleh terjadi? Rumah itu sangat kuat!” Aku berkata “Ya, tapi aku bimbang sekiranya serpihan dari dinding rumah tersebut jatuh ke rumah kita dan merosakkannnya?”

 

Dia menjawab, “Tidak, itu mustahil. Rumah itu sangat jauh, walaupun dindingnya runtuh, serpihannya tidak akan sampai ke sini.”

 

Kemudian aku melihat tanah di depan rumah itu mula tenggelam dan salah satu dinding sisi (dari rumah tersebut) runtuh. Tanah tenggelam dengan begitu cepat akan tetapi orang ramai di sekitarnya tidak menyedari perkara itu.

 

Mereka sibuk menonton skill lelaki dengan kereta merah itu. Si lelaki (dengan kereta merah) itu sendiri pun tidak menyedari situasi tersebut.

 

Aku berkata kepada diri sendiri “Tanah di bawah rumah itu sedang tenggelam dan orang-orang tersebut lalai darinya dan mereka sibuk dengan memuji-muji lelaki tersebut.”

 

Lalu tiba-tiba lelaki itu memutar keretanya menuju ke kawasan parkir. Tanah sudah tenggelam dengan sangat cepat dan beberapa orang yang memuji lelaki dengan kereta merah tadi juga telah ditelan bumi.

 

Sedangkan yang lain mula berteriak ketika mereka tenggelam ke dalam bumi. Oleh kerana dinding-dinding runtuh dan tenggelamnya tanah, ada begitu banyak debu di sana.

 

Sebaik sahaja lelaki itu sampai ke tempat parkir dan ketika dia hendak memarkir kereta, tanah tenggelam dan lelaki itu pun tenggelam sangat dalam bersama keretanya.

 

Setelah melihat ini, aku sangat sedih. Aku bertanya kepada lelaki di sebelahku, “Adakah kamu fikir lelaki itu masih hidup?” Dia berkata, “Tidak, dia pasti telah mati.”

 

Aku berkata “Ya, setelah terkubur di bawah dengan begitu banyak tanah, dia pasti telah mati kerana kekurangan nafas.” Apabila melihat peristiwa mengerikan ini, aku berkata “Aku mesti pergi keluar dan memperingatkan orang ramai untuk keluar dari situ kerana rumah tersebut sedang runtuh.”

 

Ketika aku sampai di luar, tanah mula tenggelam lebih cepat dan begitu banyak kerosakan telah terjadi di rumah itu disebabkan keadaan ini.

 

Kemudian tanah terus tenggelam sehingga sampai ke rumah di mana aku berada. Tanah juga turut tenggelam dari bawah salah satu dinding rumah ini dan dinding-dinding tersebut runtuh.

 

Kemudian salah satu ruang di rumah ini juga runtuh dan mengakibatkan debu di sekitar sini. Aku menjadi bimbang bahawa musibah ini juga telah sampai ke sini dan apakah yang akan terjadi seterusnya?!

 

Tiba-tiba tanah berhenti tenggelam berhampiran pintu masuk utama rumah ini. Tanah hanya tenggelam di situ dan tidak terbenam lagi sehingga orang-orang di rumah ini boleh keluar. Aku mengucapkan syukur kepada Allah kerana tanah telah berhenti tenggelam.

 

Apabila aku mengamati tanah yang tenggelam, maka luasnya adalah sama dengan keseluruhan jalan yang bermula dari rumah tersebut.

 

Aku melihat beberapa potongan besi di tanah yang tenggelam dan terdapat pola-pola yang serupa di tanah itu. Beberapa potongan besi tersebut dipotong secara tersusun dalam garis-garis.

 

Seolah-olah di sebalik peristiwa ini ada seseorang yang sedang meruntuhkan rumah-rumah ini dengan perancangan rapi.

 

Kemudian aku berfikir bahawa aku perlu cepat. Aku berlari ke dalam dan menjerit, “Keluar dari rumah ini, kerana tanah di bawah rumah ini akan tenggelam!”

 

Beberapa orang mendengarkanku dan mereka membawa barang-barang mereka dan mula keluar. Kemudian aku menyedari beberapa barangku juga ada di situ.

 

Aku segera menuju ke satu ruang untuk mengambil barang-barangku. Apabila melihat mereka, aku merasakan satu perasaan bahawa aku mendapat semua ini dari Allah. Setelah mengambil barang-barangku, aku memikirkan kanak-kanak tadi.

 

Aku pergi dan menemuinya di salah satu bilik. Aku mengingatkannya untuk keluar dari sini kerana rumah ini akan runtuh. Dia dan keluarganya mengambil barang-barang mereka dan berlari keluar.

 

Tanah yang tenggelam masih berhenti berhampiran pintu utama, akan tetapi bumi mula tenggelam dari sisi lain rumah tersebut dan terdapat kehancuran di sekelilingnya.

 

Setelah mengosongkan rumah tadi, orang ramai bertanya kepadaku “Apa yang sebaiknya kita lakukan sekarang dan ke mana kita boleh pergi?”

 

Aku berkata kepada mereka, “Jangan risau,” dan aku menunjuk ke arah timur dan memberitahu mereka untuk pergi ke arah itu.

 

“Ada sungai kecil di jalan. Setelah menyeberangi sungai, kalian akan melihat rumah lain, kalian boleh pergi ke rumah tersebut.” Orang-orang mula berjalan ke arah itu.

 

Aku juga membawa barang-barangku dan tidak pernah meletakkannya. Aku berkata pada diri sendiri “Bagaimana jika aku meletakkannya di satu tempat dan melupakannya dan ia pasti terkubur”.

 

Oleh kerana itu aku membawa barang-barangku sepanjang waktu. Aku masuk ke dalam rumah tadi kembali dan membawa keluar lebih banyak orang.

 

Sebaik sahaja aku keluar, kumpulan pertama dari orang ramai (yang telah diselamatkan lebih awal) kembali kepadaku dan bertanya, “Bagaimana kami hendak menyeberangi sungai?”

 

Aku membawa mereka bersama-sama, sungai itu cetek pada satu kawasan. Aku meminta mereka menyeberangi sungai dari  situ. Kami menyeberangi sungai tersebut dan pergi lebih jauh ke depan dan menemui satu rumah yang kecil, tua dan usang.

 

Ketika aku melihat rumah tersebut, aku berkata, “Ini adalah rumah yang sama tempat aku dilahirkan.” Aku memberitahu orang-orang itu untuk mencari perlindungan di rumah tersebut dan apabila Allah menghendaki, semuanya akan baik-baik saja.

 

Orang-orang itu pun masuk ke dalam rumah tersebut. Aku berkata kepada mereka bahawa kita perlu kukuhkan rumah ini dan kita juga perlu melindunginya dari bawah tanah sehingga bencana tidak menimpa rumah ini dan merosakkannya, Allah pasti akan menolong kita.

 

Lalu aku kembali (ke tempat bumi yang tenggelam tadi) kerana ada beberapa rumah lain juga (yang memerlukan pertolongan). Aku memberitahu kepada orang ramai dari rumah-rumah tersebut dan (memberitahu pula) kepada dua rumah besar (yang berdekatan) untuk keluar dan pergi menuju rumah (kecil) yang di seberang sungai itu. Orang-orang tersebut mulai pergi ke rumah kecil dan tua itu satu persatu.

 

Kemudian, adegan dalam mimpi memasuki suatu mode fast forward (maju ke hadapan). Aku tidak ingat apa yang terjadi pada masa itu. Maka apabila adegan-adegan menjadi normal semula, aku mendapati diriku di depan pintu rumah.

 

Aku merasa musibah tadi telah hilang dan orang ramai yang diselamatkan semuanya telah berada di rumah (kecil dan tua) ini. Ketika aku masuk ke dalam rumah, aku mendapati bahawa rumah itu telah berubah sepenuhnya.

 

Aku menjadi sangat terkejut dan mengatakan bahawa ini adalah rumah yang sama yang dibina oleh Nabi Muhammad saw dan aku sedang mencari-cari rumah ini di dalam mimpi-mimpiku.

 

Allah telah mengembalikan rumah ini kepada kita melalui rahmat istimewaNya dan aku menjadi sangat bahagia. Rumah ini jauh lebih besar dari kedua rumah (yang berdekatan dengan rumah besar) tadi.

 

Aku berjalan-jalan di rumah ini dan menemui kedamaian dan kemakmuran dimana-mana. Di sana aku memasuki suatu ruang yang sangat besar. Dan aku melihat begitu ramai orang sedang duduk bersama dan saling bercakap-cakap antara satu sama lain.

 

Umat muslimin dari seluruh dunia dengan berbagai bahasa dan budaya berkumpul disana. Aku memandang mereka dan berfikir bahawa sebelum bencana tidak menimpa mereka (dahulu), orang-orang ini bahkan tidak ingin bertemu satu sama lain.

 

Dan sekarang mereka berkumpul di satu tempat dan berbual antara satu sama lain seolah-olah mereka adalah saudara sejati. Mereka saling menghibur dan memperlakukan satu sama lain dengan penghargaan dan kehormatan yang tinggi.

 

Kemudian seorang pemuda memasuki bilik, dia kelihatan akrab dan aku merasakan seolah-olah aku telah melihatnya sebelum ini. Kemudian aku berfikir bahwa penampilannya mirip dengan anak yang aku temui di rumah di Timur Tengah.

 

Selama itu pemuda itu juga menatapku dan mula bercakap denganku. Aku berkata kepadanya, “Aku pernah bertemu dengan seorang kanak-kanak dan engkau sangat mirip dengannya. Aku ingat kanak-kanak itu setelah melihatmu.” Dia berkata kepadaku, “Akulah kanak-kanak itu.”

 

Aku menjadi terkejut dan memanggilnya dengan namanya dan bertanya kepadanya “Apakah engkau kanak-kanak itu?” Dia menjawab, “Ya, aku lah kanak-kanak itu yang pernah kamu temui.”

 

Aku berkata kepadanya, “Engkau sudah cukup dewasa sekarang.” Dia berkata, “Ya, aku sudah dewasa sekarang dan aku sangat gembira melihat kamu.”

 

Aku berbual dengannya untuk beberapa waktu dan setelah melihat ini aku tersesat (hilang) dalam diriku sendiri.

 

Lalu aku duduk di suatu tempat di ruang tersebut. Aku masih memegang erat barang-barangku yang Allah telah berikan kepadaku.

 

Aku berkata pada diri sendiri bahawa bertahun-tahun telah berlalu dalam kekacauan dan aku bahkan tidak menyedarinya, dan ketika itu pemuda ini masih kanak-kanak.

 

Setelah bertahun-tahun, aku punya waktu untuk menghela nafas lega dan melihat saat-saat damai dan kemakmuran ini.

 

Ya Allah! Ketika aku melihat dinding rumah ini, aku merasa seolah-olah (dinding rumah ini) sangatlah kuat dan tidak ada yang dapat mengalahkannya.

 

Terdapat keberkatan dan rahmat Allah yang dicurahkan ke atas kita dari dinding-dinding dan atap rumah ini. Maka aku fikir sekarang tidak ada banyak masa lagi yang berbaki, dengan segera mungkin kita akan bertemu dengan Allah , Penguasa Alam Semesta!

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)