GAMBARAN YA’JUJ DAN MA’JUJ
BismillahirRahmanirRaheem.
Aku
telah melihat Ya’juj dan Ma’juj dan Isa a.s berkali-kali di dalam mimpiku.
Berikut adalah ringkasan mimpi yang aku alami tentang Ya’juj dan Ma’juj.
Ya’juj
dan Ma’juj ada dua warna iaitu hitam dan putih. Kedua-duanya adalah sama dan
yang membezakan mereka hanyalah warnanya.
Ya’juj
dan Ma’juj adalah seperti sejenis gorila besar yang berbeza. Aku tidak pernah
melihat wajah yang serupa dengan Ya'juj dan Ma'juj dalam gambar atau filem.
Apabila
mereka mula keluar maka mereka tidak akan pernah berhenti. Dan mereka mempunyai
sejenis kemarahan yang unik di dalam diri mereka terhadap manusia. Kerana
manusia-lah mereka berada di dalam penjara selama berabad-abad lamanya dan
kerana itu mereka membalas dendam kepada manusia.
Ya’juj
dan Ma’juj tinggal di dalam lubang yang sangat besar di dalam bumi. Dan jalan
ke lubang itu adalah melalui sebuah gua yang sangat besar dan di dalamnya
adalah jalan yang panjang yang menuju ke dalam bumi.
(Jalan)
ini lebih kecil berbanding gua itu tetapi Ya’juj dan Ma’juj boleh keluar masuk
dengan mudah dari gua melalui laluan ini. Bumbung lubang itu sangat tinggi dan
Ya'juj dan Ma'juj tidak dapat memanjatnya dan di atas bumbung itu terdapat
lubang-lubang kecil dari mana mereka mendapat cahaya dan udara.
Apabila
Ya'juj dan Ma'juj berada di dalam lubang, mereka tidak tahu apa yang berlaku di
dalam gua itu atau di jalan menuju ke gua itu. Apabila Ya'juj dan Ma'juj keluar
mereka membuat kerosakan dan selepas menyebarkan kerosakan mereka kembali ke
dalam lubang dan mereka tinggal di sana selama 4 hingga 6 bulan dan mereka
tidak keluar.
Dan
inilah masanya Zulqarnain membina tembok di atas bukaan gua. Zulqarnain
mula-mula menyekat jalan dalam ke gua dan apabila jalan dalam terhalang maka
Ya’juj dan Ma’juj terperangkap dan mereka tidak dapat memecahkan tembok ini.
Apabila
Ya'juj dan Ma'juj keluar, hanya beberapa minggu sebelum itu, umat Islam menghadapi
pertempuran yang paling teruk dengan Dajjal.
Dan
apabila Ya’juj dan Ma’juj keluar; manusia tidak mempunyai senjata berat untuk
melawan Ya’juj dan Ma’juj.
Di dalam
satu mimpi, aku pergi berperang dengan orang kafir yang kuat lagi keras kepala.
Dan sebelum pergi, aku menaikkan keluargaku dan beberapa orang lain ke dalam
sejenis keretapi yang canggih dan aku memberitahu mereka “tunggu aku di sini”.
“Apabila
aku kembali, kita akan meninggalkan tempat ini selama-lamanya dan kita akan
pergi untuk menyertai Nabi Isa a.s."
Apabila
aku membunuh orang kafir yang berkepala keras itu dengan pertolongan Allah, aku
mendengar suara Nabi Muhammad ﷺ berkata "Qasim! Yakjuj dan Makjuj
telah keluar, pulanglah ke rumah kamu dengan segera."
Aku
cepat sampai ke rumahku. Apabila aku sampai di rumah, semuanya baik-baik saja.
Aku
memberitahu orang ramai bahawa, "kamu semua duduk dengan
berhati-hati" dan "Ya'juj dan Ma'juj telah keluar dan mereka boleh
menyerang keretapi kita".
Aku
menghidupkan keretapi itu dan naik ke atas bumbung keretapi. Supaya jika Ya'juj
dan Ma'juj menyerang, aku akan membunuh mereka dengan Nur (cahaya) Allah.
Nur
Allah kemudian muncul di jariku. Di dalam perjalanan, ada empat atau lima
Ya’juj dan Majuj yang berwarna putih menyerang keretapi kami.
Dan
apabila aku melihat mereka seolah-olah mereka turun dari langit. Mereka
menyerang dengan sangat laju berserta jeritan yang menakutkan.
Tetapi
apabila aku lemparkan Nur Allah kepada mereka, mereka mati di udara. Kemudian
aku merasakan Ya’juj dan Ma’juj berlari dengan laju dan mereka membuat lompatan
kecil.
Dan
kemudian mereka membuat lompatan besar dan mereka pergi sangat tinggi di udara.
Dan kemudian mereka menyerang untuk turun sehingga tidak ada yang boleh
mempertahankan dirinya.
Cara
terbaik untuk membunuh Yajuj dan Majuj yang aku faham ialah ketika mereka
berada di udara kerana kelajuan pergerakan mereka sangat pantas dan badan mereka
sangat kuat dan mereka mempunyai banyak kekuatan di tangan dan kaki mereka.
Dalam
perjalanan aku melihat ada beberapa orang dan aku berhenti di situ untuk
menaikkan mereka ke dalam keretapi dan orang yang bersamaku memberitahuku untuk
tidak berhenti kerana ia boleh membahayakan, tetapi aku berkata, "mungkin
aku akan boleh menyelamatkan beberapa orang lagi."
Dan
ketika aku baru saja menghentikan keretapi, Ya'juj dan Ma'juj yang berwarna
hitam menyerang dan kerana hari itu malam, aku tidak dapat melihat mereka
dengan jelas tetapi aku dapat membunuh mereka semua dengan Nur Allah.
Dan
orang-orang yang bersamaku telah diselamatkan dengan rahmat Allah dan tidak ada
kerosakan pada keretapi tetapi orang-orang yang aku berhenti untuk mereka,
telah dibunuh.
Sahabatku
berkata bahawa, "Qasim! kamu akan menyebabkan kami terbunuh semasa
menyelamatkan beberapa orang" dan aku berkata, "kamu betul, kita
tidak sepatutnya mengambil risiko."
Kemudian
kami tidak berhenti di mana-mana. Dan dengan rahmat Allah ﷻ, kami sampai kepada Isa
a.s pada waktu fajar. Isa a.s datang ke bumi hanya beberapa ketika sebelum kami
sampai kepadanya. Kemudian kami mula hidup bersama Isa a.s.
Saya
tidak pernah melihat di dalam mimpiku bahawa apa yang dimakan oleh Ya’juj dan
Ma’juj dan bagaimana mereka hidup di dalam gua selama bertahun-tahun dan juga
aku tidak pernah melihat siapa yang membunuh mereka semua tetapi aku telah
melihat Ya’juj dan Ma’juj memusnahkan seluruh dunia dan hanya tinggal beberapa
orang sahaja.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment