HAMBA-HAMBA ALLAH ﷻ YANG BERHARGA (5 MAC 2015)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum.
Di dalam satu mimpi pada 5 Mac 2015, aku melihat
diriku sedang duduk di dalam Masjid Nabawi dan aku merasakan perasaan yang
sangat indah dan penuh kedamaian kerana aku berada di dalam sebuah masjid suci
iaitu Masjid Nabawi. Kemudian Nabi Muhammad ﷺ datang
dan baginda duduk di depanku. Di tangan Nabi Muhammad ﷺ ada empat lembaran kertas emas berukuran besar.
Nabi Muhammad ﷺ
berkata kepadaku dengan suara yang sangat gembira, “Qasim, sampaikan pesananku
ini sekali lagi kepada umatku bahawa siapa saja yang menolongmu adalah seperti
orang yang menolongku, dan kelak dia juga akan bersamaku pada hari kiamat.”
“Dan Qasim, sampaikan pesananku ini kepada
orang-orang yang bersamamu, jangan pernah mereka bimbang tentang kerja ini
adakah ia dikira sebagai amal soleh ataupun tidak. Tidak kira apa pun jenis
usaha yang telah mereka lakukan, jangan pernah mereka merasa bahawa usaha
mereka itu tidak ada nilainya.
Bahkan jika seseorang hanya melakukan kerja ini
dengan sangat sedikit pun, Allah ﷻ tidak
akan mensia-siakannya dan Allah ﷻ juga
menggandakan amalan tersebut dengan dua kali ganda.”
“Yang mereka lakukan ini bukanlah kerja biasa dan
jangan pernah mereka menganggap bahawa aku tidak tahu nama-nama mereka dan
sumbangan mereka. Nama-nama yang telah Allah ﷻ catat
di lembaran-lembaran ini, aku terus-menerus membaca nama-nama itu dan
kerja-kerja mereka. Allah ﷻ yang
langsung memberitahunya kepadaku, mereka tidak perlu bimbang apa-apa, dan
mereka akan bersamaku di hari Kiamat.”
“Lembaran kertas-kertas emas yang Allah ﷻ berikan kepadaku ini, aku selalu bawa bersamaku sepanjang masa.
Dalam lembaran emas ini tertulis nama-nama mereka yang akan bersamamu pada
masa-masa sukar.” “Qasim, Islamku yang sebenarnya akan tersebar ke seluruh
dunia dengan pertolongan Allah.
Pastikan kau menyampaikan pesananku ini kepada
orang-orang tersebut.” Aku duduk diam mendengar apa sahaja yang Nabi Muhammad ﷺ sampaikan. Aku ingin membaca nama-nama yang ada di lembaran
tersebut, tetapi aku tidak mampu menggerakkan satu pun bahagian tubuh badanku.
Aku pun tidak tahu adakah namaku ada di dalamnya.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment