HARI TERAKHIR SEBELUM KIAMAT (1998)

 

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt. 

 

Aku selalu mendapat mimpi-mimpi tentang hari terakhir sebelum kiamat di mana aku mesti menyelesaikan semua tugasanku di hari terakhir tersebut.

 

Tetapi di dalam mimpi-mimpi itu aku selalu menghadapi beberapa masalah atau aku dikelilingi oleh kesulitan-kesulitan sehingga aku tidak dapat menyelesaikan tugas-tugasku.

 

Tetapi ternyata Allah tidak memulakan kiamat dan dengan rahmat-Nya memberiku masa tambahan di hari berikutnya.

 

Allah berfirman, “Qasim, Aku telah memanjangkan waktu sebelum kiamat. Dan selagi kau belum menyelesaikan tugasmu, Aku tidak akan memulakan kiamat.”

 

Aku akan menceritakan mimpi pertamaku tentang hari terakhir kiamat. Aku mendapat mimpi ini pada tahun 1998. Dalam mimpi ini, aku sedang berbicara dengan Allah di suatu tempat dan Allah berada di atas Arsy-Nya.

 

Allah berfirman kepadaku, “Qasim, selesaikan tugasanmu sebelum pukul 6 petang, dan kemudian Aku akan memulakan kiamat.”

 

Lalu aku berkata, “Baiklah”. Dan aku terus pulang supaya aku dapat menyelesaikan semua tugasanku kerana waktu yang hanya tinggal sedikit. 

 

Ketika aku berjalan pulang ke rumah, aku melihat ada seorang gadis sedang berjalan. Aku menyukai gadis itu. Aku ingin menikahinya dan mengajaknya pulang ke rumah bersamaku.

 

Aku pun mengikutinya dan lupa bahawa Allah akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang dan aku mesti menyelesaikan semua tugasanku sebelum pukul enam itu.

 

Aku mula berjalan laju dan mengejarnya supaya dapat mengikutinya tetapi ada ramai sekali orang yang berjalan cepat dan terburu-buru.

 

Di situ sangat ramai, mereka berdesak-desakan, dan banyak sekali halangan sehingga aku tidak dapat berjalan dengan cepat.

 

Kemudian gadis itu berjalan dengan cepat sedangkan aku tidak dapat berjalan dengan kecepatan yang sama.

 

Gadis itu mula masuk ke lorong-lorong sempit. Aku berusaha sepenuh tenaga untuk mengikut gadis itu tetapi dia hilang dari penglihatanku. Dan aku terus mencarinya di jalanan. 

 

Ketika aku yakin bahawa aku telah kehilangan dia, barulah aku melihat jam tanganku dan menyedari waktu telah menunjukkan pukul 8 malam.

 

Aku pun ketakutan dan menggigil. Aku terduduk sambil memegang kepalaku dan berfikir, “Apa yang telah aku lakukan?

 

Allah telah jelas-jelas memerintahkan bahawa aku mesti menyelesaikan semua tugasanku sebelum pukul 6 petang tapi sekarang sudah pukul 8 malam.

 

Aku tidak dapat mengejar gadis itu dan aku juga tidak menyelesaikan tugasanku.” Aku mencela diriku sendiri dan berkata, “Allah hanya memberi kita satu kesempatan dan aku telah mensia-siakan kesempatan itu.

 

Dan masa yang telah berlalu juga tidak mungkin akan kembali.”

 

Kemudian tiba-tiba aku berkata, “Tidak, Allah juga telah berkata bahwa Dia akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang, sedangkan sekarang sudah pukul 8 malam, lalu kenapa aku masih hidup? Kenapa dunia masih terus berjalan? Dan kenapa Allah belum memulakan kiamat?”

 

Aku pun mula berjalan kembali ke tempat tersebut untuk bertemu Allah dan aku diliputi ketakutan yang amat sangat jika Allah akan sangat murka kepadaku.

 

(Aku membayangkan Dia akan berkata, “Qasim, Aku telah perintahkan kepadamu untuk menyelesaikan tugasanmu sebelum pukul 6 petang, lalu kenapa kau belum menyelesaikannya!!!” )

 

Ketika aku sampai ke tempat itu lagi dan Allah berada di atas Arsy-Nya, kemudian aku bertanya kepada Allah dengan suara yang penuh rasa takut, “Ya Allah, Engkau akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang, dan sekarang telah pukul 8 malam, lalu mengapa Engkau belum memulakan kiamat?”

 

 

 

Kemudian Allah berfirman dengan suara yang sangat halus dan lembut, “Qasim, kamu belum melaporkan kepada-Ku bahawa kamu telah menyelesaikan semua tugasanmu. Itu sebabnya Aku belum memulakan kiamat.”

 

Setelah mendengar Kemurahan dan Kelembutan Allah , hatiku menjadi sangat bahagia.

 

Allah benar-benar Maha Pemurah dan aku telah menyangka yang bukan-bukan.

 

Kemudian aku menceritakan seluruh kejadian kepada Allah, bahwa aku terjumpa seorang gadis di jalanan dan aku telah membuang semua masaku untuk mengejar gadis itu. Dan aku juga tidak mendapatkan gadis itu.”

 

Allah berfirman, “Tidak apa-apa Qasim. Aku telah memanjangkan waktu sebelum kiamat, kamu pasti sangat penat sekarang, sebaiknya kamu balik dan tidurlah.

 

Lakukan tugasanmu bila-bila kamu mahu dan ketika kamu sudah menyelesaikan seluruh tugasanmu, beritahulah kepadaKu. Selepas itu barulah Aku akan memulakan kiamat.”

 

Aku menjadi sangat bahagia kerana Allah memberiku kesempatan untuk menyelesaikan seluruh tugasanku.

 

Aku mengucapkan syukur kepada Allah dan berkata di dalam hatiku, “Ya Allah, Engkau telah memberikan pertolongan yang sangat besar kepadaku. Setelah ini aku tidak akan meminta pertolongan kepada sesiapa pun kecuali kepada-Mu.”

 

Aku pun balik ke rumah dan berjanji kepada diriku bahawa aku akan terus balik dan kemudian aku tidur, kemudian bangun pukul 7 pagi, mandi, pakai pakaian baru, dan mula mengerjakan tugasanku.

 

Salah satu dari tugas itu adalah untuk menghilangkan kegelapan dari seluruh dunia dengan izin Allah.

 

Aku dapat menyelesaikan tugasanku ini sebelum pukul 10 atau 11 pagi, dan kemudian aku berkata kepada diriku bahwa Allah akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang, jadi aku akan datang kepada Allah pukul 5 petang untuk melaporkan kepada-Nya bahwa aku telah menyelesaikan tugas-tugasku maka Engkau boleh memulakan kiamat sekarang.

 

Kemudian pada waktu yang berbaki, aku pergi ke seluruh dunia, makan-makan, dan menikmati waktu ku.

 

Kedamaian dan ketenangan terzahir dimana-mana dan semua orang juga menikmati waktu mereka sendiri. Ketika jam menunjukkan pukul 5 petang maka aku pun pergi bertemu Allah. 

 

Allah berada di atas Arsy-Nya. Aku berkata kepada Allah, “Dengan pertolonganMu aku telah menyelesaikan semua tugasanku sekitar jam 10 atau 11 pagi tadi, tetapi kerana Engkau baru akan memulakan kiamat sekitar pukul 6 petang maka aku fikir aku datang menghadap-Mu pukul lima petang (saja).”

 

Kemudian Allah berfirman, “Baiklah, Qasim. Aku akan memulakan kiamat bila yang Aku mahu.” Kemudian aku berkata, “Ya Allah, Engkau sepatutnya telah memulakan kiamat semalam sekitar pukul 6 petang, namun Engkau tidak jadi melaksanakannya kerana aku. Adakah (itu bermaksud) Engkau telah memanjangkan waktu hidup manusia?”

 

Kemudian Allah berfirman, “Qasim, Aku bukan hanya memanjangkan waktu hidup manusia tapi juga Aku memperbanyakkan rezeki mereka.” Mimpi itu berakhir di sana.

 

Perkara yang sama terjadi pada diriku di kehidupan sebenar. Pada bulan Oktober 2013, ada satu ketika di mana aku telah mensia-siakan masa ku dan aku menyedari masaku tidak akan pernah kembali lagi.  

 

Kemudian Allah memberitahuku dalam mimpi pada bulan Disember 2013, “Qasim, Aku ada beberapa rancangan khas untukmu, sekarang kau rehatlah. Dan setelah itu, Aku akan memberitahumu apa yang mesti dilakukan seterusnya.”

 

Kemudian di dalam mimpi pada bulan April 2014, Allah memerintahkan aku untuk pertama kalinya, “Qasim sebarkan mimpimu ke seluruh dunia, Aku ingin semua orang tahu siapa dirimu.”


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)