HELIKOPTER HITAM DAN TENTERA PAKISTAN (4 DISEMBER 2015)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.
Semalam dalam mimpi, aku tersesat dan pergi ke
satu tempat. Aku memohon kepada Allah ﷻ,
“Izinkanlah aku berjalan di jalan Muhammad ﷺ dan
izinkanlah aku melakukan pekerjaan seperti mana yang dapat membuatkan Engkau
gembira.”
Selepas itu aku melihat ada sebuah bangunan besar
dan tinggi dan aku pun masuk.
Kemudian aku pergi terus dan sampai ke atas atap
bangunan dan berkata “Ini adalah masanya ketika Allah ﷻ akan berbicara kepadaku.”
Kemudian betul-betul selepas itu, Allah ﷻ mula berbicara kepada aku dari langit dan berkata, “Qasim, Aku
akan mengirimkan helikopter hitam besar yang kuat untuk kamu dan kemudian Aku
akan mengajar kamu cara menerbangkannya.”
Setelah beberapa ketika, helikopter itu pun
sampai. Selepas itu Allah ﷻ
mengajar aku tentang helikopter itu dan cara menerbangkannya.
Setelah itu aku menerbangkannya tetapi aku tidak
dapat menerbangkannya dengan betul.
Kemudian aku belajar bagaimana menerbangkan
helikopter dan aku menerbangkan helikopter itu dan membawanya menghampiri
Tentera Pakistan.
Tentera Pakistan sedang bersedia untuk melakukan
beberapa misi.
Jadi aku meminta mereka untuk membawa aku bersama
mereka, aku telah diberi helikopter ini oleh Allah, dan Allah ﷻ dan Muhammad ﷺ telah
memberitahu aku bahawa “Qasim, satu hari umat Islam akan meminta kamu untuk
membawa mereka keluar dari kegelapan.”
Kemudian Panglima Tentera berkata, “Terima kasih
atas bantuan kamu, kamu perlu berehat, kami cukup untuk operasi ini” jadi aku
berkata “sesuai keinginan tuan.”
Tentara Pakistan pun keluar untuk operasi dan aku
pergi dengan mereka agak jauh dan kemudian aku pergi ke arah lain.
Dan ketika malam tiba, aku tidur di dalam
helikopter dan Muhammad ﷺ datang dalam mimpiku dan
berkata bahawa “Qasim, Tentera Pakistan terjebak dalam kesulitan dan peluru
mereka juga akan habis.”
Kemudian aku pun bangun dan mula mencari jalan
untuk sampai ke Tentera Pakistan tetapi aku tidak menjumpai mereka.
Aku berkata, “Pasukan tentara Pakistan adalah
pasukan yang kuat mereka boleh tangani masalah itu,” dan kemudian aku tidur
lagi.
Kemudian Muhammad ﷺ datang lagi ke mimpiku dan berkata bahawa “Qasim, Pakistan
adalah benteng Islam yang terakhir, bangun!. Kamu mesti menyelamatkan Pakistan,
pergi dan bantu mereka!”
Kemudian aku pun bangun dan berkata “Jika
Muhammad ﷺ telah datang ke mimpiku dua
kali maka itu bermakna aku mesti melakukan pekerjaan itu.”
Dan aku pun mencari dan berkata “ke mana Tentara
Pakistan pergi?”
Aku meminta kepada Allah ﷻ untuk menunjukkan jalan kepadaku, kemudian Nur (cahaya) Allah ﷻ muncul di depan aku dan aku mengikuti Nur itu dengan kelajuan
penuh.
Kemudian aku sampai ke tempat di mana tentera
Pakistan telah pun melakukan operasi dan aku pergi ke bahagian depan di mana
ada beberapa orang teroris yang masih tersisa dan mereka menjadi kuat.
Aku membunuh mereka dengan 'machine gun' tetapi
aku tidak dapat mengarahkan dengan tepat dan banyak peluru terbuang tetapi aku
dapat membunuh mereka semua.
Kemudian aku pergi dan melihat ada operasi di
tempat lain juga, tetapi beberapa orang teroris masih ada di sana.
Lalu aku berkata pada diriku sendiri “Qasim,
tinggalkanlah teroris yang sedikit ini dan pergi bantu tentera.”
Jadi aku pun menerbangkan helikopter itu sekali
lagi dengan kelajuan yang tinggi, dan sampai di tempat di mana tentera Pakistan
sedang melakukan operasi.
Ada kereta kebal besar seperti jentera yang cuba
dihancurkan oleh tentera Pakistan tetapi ia tidak hancur dan hanya Panglima
Tentera dan dua helikopter yang memiliki peluru.
Peluru milik orang lain telah pun habis, dan juga
satu atau dua helikopter Pakistan telah dihancurkan.
Jadi aku terus menembak ia (kereta kebal besar)
ketika aku sampai di sana, sasaranku tidak terlalu tepat tetapi aku dapat
menghancurkannya dengan bantuan Allah.
Kemudian datang sebuah jentera yang jauh lebih
besar dari yang tadi dan ia menembak peluru berpandu ke arah helikopter tentera
Pakistan. Dan aku menghancurkan peluru berpandu itu di udara.
Aku berkata kepada tentera Pakistan, “Kalian
semua pergilah! Biar aku berlawan dengan jentera ini.”
Kemudian tentera Pakistan pergi ke satu sisi dan
aku pergi ke depan jentera itu dan menembak dua peluru berpandu kecil ke sana
dan ia meletup selepas masuk ke dalam jentera itu dan ia pun hancur.
Selepas itu tentera Pakistan melaungkan
Allahu-Akbar dan semua orang menjadi gembira.
Panglima Tentera berkata “Kamu menghancurkan
jentera itu dengan mudah, kami sepatutnya mendengarkan kamu tadi.
"Kamu datang tepat pada waktu, kalau tidak peluru
kami pun hampir habis dan jentera itu pun tidak akan hancur.”
Aku berkata bahawa “Aku telah pun beritahu kalian
tadi, tetapi apa pun Allah ﷻ yang
membawa aku ke sini pada waktu yang tepat dan aku menghancurkan jentera-jentera
itu dengan Bantuan Allah.”
“Allah telah mengirim helikopter ini, tidak ada
jentera yang dapat menghadapinya.”
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment