HILANGNYA SYIRIK MAKA PERTOLONGAN ALLAH AKAN TIBA (16 JANUARI 2019)
BismillahirRahmanirRahim.
Assalamualaikum wbt.
Aku melihat di dalam
mimpi ini bahawa banyak pemerintah silih berganti memerintah Pakistan tetapi
keadaan di Pakistan tetap tidak berubah.
Kemudian Imran Khan
datang dan semua orang berharap bahawa kini semuanya akan menjadi baik. Tetapi
tidak ada apa-apa yang berubah dan semuanya sama seperti dulu.
Kemudian Asif Zardari
menjadi marah kepada kerajaan Imran Khan dan mula membuat beberapa pertemuan
dan pidato politik.
Dia berkata bahawa, “Aku
tidak akan membiarkan kamu dan aku tidak akan benarkan kerajaan sedia ada
memerintah tetapi negara ini tidak maju."
Aku menonton semua ini
di TV. Selepas menonton semua ini, aku keluar dari rumahku dan berkata, “Jika
keadaan tetap sama, keadaan negara tidak akan semakin baik."
Kemudian Asif Zardari
mengadakan perhimpunan yang lebih besar dan aku memerhatikannya dari jauh.
Ketika aku memerhati orang ramai, tanah di sebelah kananku mula bertukar menjadi
padang, dan lantai dari tanah lembut mula tersebar di bidang tanah ini.
Tanah lembut tersebut
tersebar pada bidang tanah ini sedemikian rupa seolah-olah seseorang sedang
menyebarkan lapisan tanah dengan cara yang sangat teratur.
Tanah itu diratakan dari
atas sedemikian rupa seolah-olah lantai itu diperbuat daripada tanah. Dan ia
kelihatan seperti tanah itu disebarkan oleh syarikat yang berkemahiran tinggi
dan sangat maju.
Tanah tersebut kelihatan
sangat sesuai dan subur kerana ia lembut dan basah di atas dan juga di bawah.
Dan begitu juga ia kering di bawah sinar matahari seperti yang biasa berlaku.
Kemudian aku tidak lagi
memberi perhatian kepada tanah dan mula memerhati Asif Zardari semula dan aku
berkata, “Ramai pemerintah telah memerintah seperti tentera, pemimpin lain,
Imran Khan dan sebagainya, tetapi tidak ada yang berubah."
Kemudian aku melihat ke
tanah itu semula dan tanah itu tersebar sangat meluas dan ia menyebar dengan
cara yang sangat sistematik, iaitu tanah itu diratakan dari atas dan garisan
terbentang pada jarak yang sama, serta baja asli ditabur ke atasnya dengan
sendirinya. Dan aku tertanya, siapa yang menabur baja ke atas tanah seperti
ini?
Kemudian aku berfikir,
sekarang Zardari sedang bercakap, bermakna nanti akan tiba giliran aku untuk
bercakap dan aku harus bercakap dengan rakyat dan aku juga harus membuat
persiapan untuknya.
Aku perlu susun dan
rancang apa yang patut aku katakan dan apa yang tidak sepatutnya aku katakan.
Kemudian aku pergi ke
bilik atau rumah kecil. Apabila aku pergi ke sana, aku melihat ia adalah bilik
seperti dewan dan ada beberapa orang di situ.
Aku bercakap-cakap
dengan mereka, dan berkata, “Ramai pemerintah yang telah datang dan pergi, dan
kalian lihat sejarah mereka semua, setiap kali ada harapan untuk negara
berkembang baik tetapi ternyata tidak ada apa yang berlaku, sebaliknya keadaan
lebih buruk daripada sebelumnya.”
Kemudian aku berkata,
“Hanya ada satu sebab punca semua kegagalan ini, iaitu, sehingga negara
dibersihkan dari kesyirikan dan semua bentuknya, dan sehingga syirik dan
bentuknya dihapuskan dari negara ini, jika tidak, Allah tidak akan bantu, dan
kemakmuran juga tidak akan wujud."
Aku melihat bahawa lebih
ramai orang telah datang ke situ dan mereka sedang mendengar dariku. Kemudian aku
melihat ada dua orang tentera juga mendengarkan aku dan mereka berdiri lebih
jauh.
Kemudian aku berkata,
“Ada pelbagai patung dan monumen atas nama seni dan budaya di banyak jalanraya
dan persimpangan jalan di bandar-bandar, terdapat banyak papan iklan yang besar
yang mempunyai gambar yang tidak perlu padanya, begitu juga terdapat patung dan
berhala di taman dan semua jenis gambar yang tidak diperlukan telah terpampang
di seluruh bandar. Ini semua adalah bentuk kesyirikan.
Aku berkata lagi, Nabi Muhammad
ﷺ
juga telah menghapuskan syirik dengan menghancurkan berhala dan patung seperti
itu”. “Apabila kita hapuskan semua bentuk syirik maka pertolongan Allah juga
akan tiba, kemudian bukan sahaja Pakistan akan menang Ghazwatul Hind tetapi
juga akan menang melawan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia dalam
perang dunia ketiga dan Pakistan sendiri akan menjadi kuasa besar.”
Anggota tentera dan
beberapa orang lain sedang mendengar ucapanku dan aku berkata bahawa, “Jika
kita menghapuskan syirik, Maka Allah akan melimpahkan keberkatan dan rahmatNya
kepada kita semua dan membukakan kekayaan-Nya untuk kita, kerana pada zaman
awal Islam, Nabi Muhammad ﷺ juga
menasihati umat Islam supaya menjauhi syirik dan membentuk masyarakat yang
bebas daripada segala bentuk syirik."
Kemudian aku melihat
diriku duduk di satu temubual langsung dan pengacara bertanya soalan kepadaku
tentang syirik dan keperluan gambar pada masa kini untuk pelbagai tujuan.
Jadi aku memberitahunya
bahawa, "Di mana gambar itu diperlukan, tidak mengapa, tetapi ketika ia
tidak diperlukan, maka gambar tidak perlu dipamerkan”.
“Kemudian terdapat
keperluan yang berbeza daripada negara di mana penggunaan gambar dibenarkan
seperti kad pengenalan dan pada wang kertas atau jika seseorang mempunyai
perniagaan fotografi maka mereka boleh menggunakan gambar jika perlu”.
Kemudian aku berkata
lagi, “Selain daripada itu, jika kamu melihat pelbagai gambar-gambar yang tidak
diperlukan dan lukisan di mana-mana pelusuk bandar atau sesetengah orang mempamerkan
gambar selebriti di rumah mereka, yang seperti itu adalah tidak dibenarkan dan
ianya jatuh ke dalam dalam bentuk kesyirikan."
Kemudian aku berkata,
“Juga jika kamu menonton temubual langsung daripada penyampai yang berbeza dan
mereka menggunakan gambar mereka, bagi penyampai yang popular, mereka tidak
perlukan gambar mereka, maka jangan pamerkan gambar mereka (sebagai
iklan/promo). Tetapi jika penyampai itu tidak dikenali, maka mereka boleh
menggunakan gambar mereka sebagai promo/iklan."
Anggota tentera sedang
berdiri lebih jauh dan mereka juga tetap meneliti semua ini dan mendengar
dariku dengan teliti.
Dan mimpi itu berakhir
di sana.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment