HUJAN PENUH RAHMAT DARI ALLAH (19 NOVEMBER 2021)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Di dalam mimpi ini aku melihat diriku berada di tingkat bawah rumahku. Beberapa orang datang untuk menziarahiku di Pakistan dan kemudian mereka pulang. 

 

Kemudian aku melihat di satu tempat (mungkin di Malaysia atau Indonesia) mengalami kekeringan kerana kemarau panjang. Ada beberapa golongan masyarakat sedang berdoa kepada Allah untuk memohon hujan.

 

Pada masa yang sama aku terfikir bahawa tanam-tanaman yang berada di kawasan rumahku tidak akan tumbuh kalau tiada kelembapan udara. 

 

Pakistan juga mengalami kekurangan hujan maka kesannya terdapat kekurangan kelembapan udara di sini.

 

Setelah itu aku melihat bahawa Allah telah memperkenankan doa golongan tersebut, maka hujan telah turun di negeri-negeri tersebut.

 

 Oleh kerana hujan tersebut, ia memberi kesan ke atas rumahku. Aku melihat hujan gerimis melalui jendela rumahku, maka aku sangat gembira kerana kelembapan akan membantu pertumbuhan tanaman-tanamanku. 

 

Aku terus keluar dari rumahku untuk melihat seperti apakah rupa awan-awan yang membawa hujan itu tetapi tiada satu awan-awan yang gelap, yang ku lihat hanyalah awan-awan berwarna putih dan hujan.

 

Kemudian mimpiku ini dilanjutkan dan aku merasa seperti beberapa bulan telah berlalu, dan orang-orang yang sebelum ini datang kembali lagi. 

 

Aku merasakan ini terjadi sekitar bulan Januari dan Februari. Ketika mereka kembali, pekerjaan penyebaran di mulai lagi dan banyak orang dapat mengetahui mimpi-mimpi ku. 

 

Ketika mimpi-mimpiku tersebar, aku melihat para pembaca berita dan wartawan tidak lagi berdiam diri dan mereka mula memperkatakan tentang mimpi-mimpiku. 

 

Semakin ramai yang bergabung dengan kami, dan aku menyaksikan pakaianku berubah secara rasmi. 

 

Mimpi-mimpiku kemudian tersebar dan tahun terus bejalan, aku merasakan bahawa aku telah menjadi terkenal. 

 

Allah sentiasa menolong kami dan aku katakan bahawa “Pada akhir tahun ini pekerjaanku akan selesai”. 

 

Mimpi berakhir di situ.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)