HUKUMAN ALLAH ﷻ (5 OKTOBER 2017)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Aku melihat mimpi ini pada 5 Oktober 2017. Aku sedang berada di sebuah tempat yang dikelilingi oleh rumah-rumah dan bangunan-bangunan.

 

Aku merasakan bahawa Allah berada tepat di atas kita, lebih dekat kepada kita daripada awan-awan. Aku merasakan bahawa Allah sedang sangat murka.

 

Dengan suara yang keras dan mengerikan, Dia mula berkata perkara-perkara seperti ayat-ayat hukuman dalam Al-Qur’an.

 

Aku merasa bahawa Allah telah memberikan sebuah perintah kepada orang-orang untuk melakukan sesuatu tetapi mereka tidak mematuhi perintah-Nya bahkan mereka tidak mempedulikannya.

 

Dan Allah berfirman, “Aku akan menghantar azab yang sama kepada kalian, sebagaimana azab yang dulu Aku kirimkan kepada orang-orang sebelum kalian yang tidak mematuhi seruan-Ku!”

 

Allah menyebutkan azab yang diturunkan kepada umat Nabi Luth a.s dan berfirman, “Apakah kalian telah melupakan azab-Ku?!”

 

Aku berkata, “Oh tidak, Allah telah sangat murka!”

 

Aku melihat orang ramai lari bertempiaran dengan panik, dan cuba untuk menyembunyikan diri mereka, namun dimana sahaja mereka bersembunyi, Allah berfirman, “Aku mengetahui di mana sahaja kamu semua bersembunyi, dan tidak ada seorang pun yang dapat bersembunyi dari-Ku!”

 

Kemudian mereka bertempiaran ke arah yang lain dan Allah berfirman dengan firman yang sama.

 

Setelah melihat ini semua, aku pun mula berlari untuk bersembunyi. Aku berkata, “Ini tidak baik, ketika Allah menjadi murka, maka tidak ada seorang pun atau apa pun yang dapat menghentikan azab-Nya.

 

Maka lebih baik menjauh dan mencari satu tempat yang selamat.”

 

Kemudian aku melihat beberapa orang berlari di sisiku, aku tidak bertanya kepada mereka kenapa mereka berlari bersamaku. Aku melihat sebuah tempat dari jauh dan berkata, “Di sana nampaknya bagus.”

 

Kemudian aku duduk di satu penjuru dengan menyandarkan belakangku ke dinding. Orang-orang yang bersamaku duduk di sebelahku. Tempat ini nampak sangat damai.

 

Aku masih dapat mendengar suara Allah, tapi suara-Nya terdengar perlahan. Aku berkata, “Tempat ini selamat, Allah tidak akan menghantar azabNya kesini.”

 

Kemudian aku melihat ada beberapa orang besar sampai di sini, mereka melihat kami duduk di sini dan mereka berkata antara satu sama lain, “Mereka boleh duduk di situ dengan tenang?

 

Ini maksudnya mesti Allah tidak akan menghantar azab-Nya kesini”.

 

Kemudian aku mula menunggu dalam kebimbangan, bilakah kemurkaan Allah akan berakhir? Ketika itu terjadi, aku pun memutuskan untuk pergi dari sini.

 

Aku berfikir, nanti bila aku balik ke sini semula, tidak akan ada lagi yang tinggal. (semua habis terkena azabNya).

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

 

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)