IMRAN KHAN & BUMI YANG TENGGELAM (25 OGOS 2018)

 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.

 

Muhammad Qasim berkata, di dalam mimpi ini aku mendapati diriku berada di kawasan yang sangat luas.

 

Di sekitar kawasan itu juga terdapat orang ramai yang kelihatan sedang berjalan-jalan di kawasan tersebut.

 

Kawasan ini sangat luas dan semuanya kelihatan baik-baik saja.

 

Tiba-tiba suatu perkara berlaku dan kawasan itu terus tenggelam sedalam-dalamnya seperti dalamnya sungai, dan begitu ramai orang yang terjejas dengan kejadian ini.

 

Selepas menyaksikan perkara ini, aku terkejut dan berkata “Apa yang telah berlaku di sini? semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja, tetapi bagaimana seluruh kawasan ini boleh tenggelam?”

 

Orang ramai menunggu seketika sambil memikirkan bahawa kejadian ini mungkin boleh diperbaiki, akan tetapi ianya kelihatan tidak ada apa-apa perubahan yang baik.

 

Aku kemudian berkata kepada diri sendiri, “Aku akan pergi untuk melihat apa yang Imran Khan akan lakukan terhadap kejadian ini sekarang?”

 

Lalu aku pergi ke tempat di mana Imran Khan berada dan aku melihat bahawa dia pergi ke satu tempat bersama beberapa orang.

 

Imran Khan kelihatan kecewa dan dia pergi dalam keadaan marah seperti yang aku lihat dalam mimpi aku.

 

Dia meluahkan rasa sedihnya dengan keadaan itu dan mengadu tentang beberapa orang bahawa, “Kenapa mereka tidak benarkan kami bekerja? Kejadian ini baru sahaja berlaku, dan bagaimana semua ini akan dapat diselesaikan?”


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)