IMRAN KHAN JATUH SAKIT (FEBRUARI 2020)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Aku mempunyai mimpi di mana aku pergi ke  sebuah rumah, tempatnya terdapat ramai orang berjalan ke sana dan ke sini.

 

Di dewan tempatku berada, pintu salah satu bilik tiba-tiba terbuka.

 

Di sana aku melihat ada seorang yang sakit dan orang ramai berkumpul di sekeliling dia.

 

Kemudian aku pergi untuk melihat, dan berkata, “Semoga Allah merahmati orang-orang yang di dalam keadaan tidak baik."

 

Pintu terbuka dan terdapat beberapa orang pekerja. Kemudian aku melihat dengan baik, dan (Ternyata) Imran Khan sedang berbaring di atas katil.

 

Seolah-olah keadaannya seperti (menderita). Tekanan darahnya tinggi dan dia tidak boleh berjalan.

 

Terdapat doktor dan pekerja di sekelilingnya.

 

Juga pada masa yang sama, Ketua Tentera berada di sana dalam keadaan bimbang.

 

Apabila aku melihat ini, aku berkata, "Ini adalah Imran Khan! aku fikir dia adalah orang yang lain."

 

Kemudian aku berjalan dari dewan ini ke dapur. Sementara itu seseorang memberiku pinggan dan memintaku untuk membawanya ke dapur, jadi aku berkata "Kenapa dia memberikannya kepadaku?"

 

Bagaimanapun, aku mengambil pinggan ini dan melihat bahawa ia puding susu manis.

 

Apabila aku pergi ke dapur, aku melihat bahawa Imran Khan sedang duduk di meja.

 

Aku berkata bahawa "Imran Khan ada masalah berjalan, bagaimana dia boleh ke sini (dulu) sebelumku?”. aku  ketepikan, (kemudian) ada seorang perempuan di dapur ini dan aku memberinya pinggan lebih awal.

 

Dia mengambil pinggan dariku dan mula menambah sesuatu ke dalamnya.

 

Sementara itu Imran Khan bermula bertanya soalan kepadaku, tetapi aku tidak faham dan aku hanya berdiam diri.

 

Jadi wanita itu berkata bahawa "Imran Khan telah bertanya kepada kamu sesuatu."

 

Kemudian aku bertanya Imran Khan "Apa yang kamu telah cakap? aku tidak dapat memahami kamu." Kemudian dia mengulanginya dan aku faham.

 

Dalam masa yang singkat, gadis itu memasukkan sesuatu lagi ke dalam puding itu. Dan dia memintaku memberikan pinggan ini kepada  Imran Khan.

 

Aku berkata "Kenapa dia memintaku untuk memberikan pinggan ini kepada Imran Khan?"

 

Bagaimanapun, aku memberikannya kepada Imran Khan, maka Imran Khan sangat gembira melihatku dan berharap untuk bercakap denganku, tetapi aku tidak begitu banyak memberi perhatian.

 

Kemudian dia mula makan, dan mimpi itu berakhir di situ.

 

Waalaikumussalam wbt.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)