IMRAN KHAN MARAH KEPADA MARYAM NAWAZ (2011)
BismillahirRahmanir Rahim. Assalamualaikum wrt.
Muhammad Qasim melihat mimpi ini pada tahun 2011. Dia menceritakan bahawa aku (Qasim) dalam perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. Tempatku pada awalnya ialah rumah seorang ketua negara.
Aku berkata dalam mimpiku bahawa, sekarang Imran Khan sedang berkuasa. Apabila aku mengembara agak jauh aku melihat ada padang besar di sana.
Di situ, Maryam Nawaz sedang mengendalikan satu perhimpunan politik yang besar, dan dia memakai pakaian berwarna hijau dan dia bercakap sesuatu yang menentang Imran Khan.
Imran Khan menjadi sangat keliru dan kecewa apabila melihat perhimpunan politik itu dan berkata, "Hentikan dia dan tamatkan perhimpunan ini".
Kemudian aku pergi lebih jauh ke hadapan dan melihat ada seorang wartawan mengulas mengenai keadaan ini.
Aku tidak dapat mengingati komen beliau dengan tepat tetapi dia berkata, "Maryam Nawaz adalah seorang wanita dan dia dengan sendirinya telah mampu memberi tekanan kepada seorang yang kuat seperti Imran Khan, dan dia telah membuat Imran Khan risau.
Mimpi berakhir di situ.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment