IMRAN KHAN PATUT MENERIMA KEGAGALANNYA (28 NOVEMBER 2020)
BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.
Di dalam
mimpi ini, aku melihat sebuah dewan besar. Terdapat pentas di dewan ini di mana
Imran Khan sedang duduk.
Imran
Khan sedang duduk di atas kerusi di sebelah meja. Dan ada seorang yang sangat
rapat dengan Imran Khan sedang berehat di sebelahnya.
Dalam
mimpi itu, aku tidak mengenali orang itu. Selain itu, seluruh dewan itu kosong.
Dan aku berdiri di belakang pentas.
Kemudian
aku melihat Imran Khan dengan lembut berkata kepada orang ini bahawa, "Aku
telah gagal”.
“Aku
tidak dapat memenuhi janjiku yang aku buat kepada rakyat seperti yang aku
mahukan dan sekarang aku telah gagal."
Aku
terkejut mendengarkan Imran Khan, dan berkata bahawa, "Di hadapan orang
ramai, Imran Khan mendakwa pelbagai pencapaian bahawa aku melakukan perkara
yang hebat, negara kita sedang membangun dan kita makmur, tetapi di dalam
rumah, dia mengaku kepada orang terdekatnya, bahawa dia telah gagal."
Kemudian
aku datang ke hadapan Imran Khan dan berkata bahawa "Encik Imran Khan!
Ketika duduk di sebelah orang yang rapat dengan kamu, kamu berkata bahawa kamu
telah gagal dan mengakui kegagalan kamu.”
“Tetapi
apabila kamu pergi kepada orang ramai, kamu mengatakan bahawa kemajuan yang
besar sedang berlaku”.
“Jika
kamu sudah tahu kamu telah gagal, mengapa kamu tidak mengaku di khalayak
ramai?"
Imran
Khan cuba menentang pendapatku. Kemudian aku memberitahu Imran Khan,
"Encik Khan! Semakin cepat kamu mengaku bahawa kamu telah gagal, semakin
sedikitlah penderitaan Pakistan, dan semakin cepatlah Pakistan akan keluar dari
masalah."
Imran
Khan sekali lagi ingin berkata sesuatu, tetapi aku mengulangi, "Lebih lama
masa kamu ambil untuk mengakui kegagalan kamu, lebih banyak masalah Pakistan
akan hadapi dan masalah akan bertambah”.
“Jadi
jika lebih cepat kamu menerima kekalahan kamu, maka lebih baik untuk negara ini
dan untuk kamu juga."
Dalam
pada itu, Imran Khan cuba membalas sedikit tetapi pada akhirnya, dia menyedari
bahawa aku telah mendengarnya dan aku tahu segala-galanya.
Kemudian
dia diam-diam mula memandang saya.
Aku
mengulangi sekali lagi, "Lebih cepat kamu mendedahkan kebenaran dan
mengakui kegagalan kamu, lebih cepat negara ini boleh kembali ke landasan yang
betul”.
Jika
tidak, semakin lama kamu melakukannya, semakin banyak” penderitaan Pakistan
akan menderita, dan negara ini akan menghadapi masalah."
Dan
mimpi ini berakhir di sini.
Waalaikumussalam wbt.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment