IMRAN KHAN & PERILAKU SYIRIK (25 JULAI 2018)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrt.

 

Aku melihat Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, menghadapi begitu banyak cabaran dan kesukaran.

 

Dia tidak dapat merealisasikan matlamatnya seperti mana yang dia inginkan, dan gagal dalam pelaksanaannya.

 

Oleh kerana kegagalannya itu,dia menjadi sangat kecewa. Aku memerhati semua situasi ini ketika berada di dalam satu bilik.

 

Kemudian Imran Khan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, tempat di mana aku berada.

 

Apabila dia masuk ke dalam bilik, dia berkata sesuatu dalam keadaan marah yang aku tidak ingat (perkataannya).

 

Kemudian aku berkata kepadanya dan memberitahu bahawa, “Jika kamu ingin mendapatkan pertolongan daripada Allah, maka hendaklah kamu menjauhi segala bentuk syirik.

 

Cara kamu sujud di kuburan adalah satu bentuk syirik yang besar dan kamu mesti bertaubat kepada Allah atas perbuatan anda itu, dan kamu mesti sujud kepada Allah dalam bertaubat.

 

Kamu mesti berjanji dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas bahawa kamu tidak akan sujud kepada sesiapa pun kecuali kepada Allah ”.

 

Aku juga mengingatkannya bahawa, “Kamu sendiri pernah berkata bahawa: “Imran Khan tidak akan sujud kepada sesiapa pun kecuali kepada Allah . Lalu mengapa kamu melakukannya?”

 

Kemudian Imran Khan menyedari kesilapannya dan berkata, “Ya, aku pernah mengatakan seperti itu”.

 

Kemudian dia berkata lagi, “Aku biasanya hanya bersujud kepada Allah tetapi malangnya aku dikelilingi oleh orang-orang seperti itu (buruk akhlak) sehingga aku tersalah jalan”.

 

Kemudian aku memberitahunya bahawa “Sesiapa yang telah mati, dia telah mati dan dia telah terputus dari dunia ini, dan kita tidak boleh meminta pertolongan kepadanya”. Imran Khan mendengarkanku dengan penuh perhatian dan prihatin.

 

Aku memberitahunya bahawa, “Apabila seseorang pergi ke kubur dan meminta pertolongan daripada orang mati, maka ini juga merupakan satu bentuk syirik.

 

Jika seseorang tunduk menghormati orang lain seperti (tradisi) orang Jepun, maka ia adalah sebahagian daripada syirik”.

 

“Begitu juga terdapat banyak lagi bentuk syirik.

 

Jika kamu inginkan pertolongan daripada Allah dan kamu mengharapkan kejayaan, maka hendaklah kamu menjaga diri daripada segala bentuk kesyirikan. Jika tidak, kamu tidak akan berjaya.”

 

Imran Khan mendengar aku dengan penuh perhatian, seolah-olah seseorang yang sedang melihat suatu harapan besar dalam sesuatu hal.

 

Dan Imran khan melihat harapan ini untuk menjauhi syirik dan segala bentuknya, kerana tidak pernah seseorang pun yang menjelaskan kepadanya tentang syirik dan bentuknya seperti ini sebelumnya, atau memberi amaran kepadanya.

 

Mimpi berakhir disitu.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)