ISLAM YANG SEJATI (2014)
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum
Dalam mimpiku pada tahun 2014, aku baru saja
selesai mandi, memakai pakaian baru dan kemudian pergi ke taman. Aku melihat
gerbang utama terbuka.
Nabi Muhammad ﷺ berada
di sana dan dia terlihat cemas. Nabi Muhammad ﷺ
berjalan ke sana ke mari dengan cemas dan aku tidak tahan (melihatnya seperti
itu) dan aku pergi berdiri di sisinya.
Mungkin ada masalah yang ingin Baginda ﷺ sampaikan kepadaku.
Nabi Muhammad ﷺ
berkata, “Wahai Qasim, aku sedang menunggumu maka datanglah kemari.” Nabi
Muhammad ﷺ berjalan di depanku dan aku
mengikutinya dari belakang.
Rasulullah ﷺ
membawaku jauh ke satu tempat dan terdapat bangunan yang besar di sana.
Rasulullah ﷺ
membawa aku masuk ke dalam dan beliau bersabda: “Anakku, lihatlah, ini adalah
bangunan Islamku.
Pemimpin-pemimpin yang bekerja di dalamnya tidak
berlaku adil padaku dan Islamku dan orang-orang ini membentuk kumpulan-kumpulan
dan banyak di kalangan mereka menjadi hamba orang-orang kafir.
Kerana pemimpin-pemimpin bangunan ini tidak
bekerja dengan ikhlas, mereka tidak peduli dengan orang miskin dan mereka juga
tidak berlaku adil.
Bahkan, kesan buruk perkara ini telah merebak
kepada orang-orang di bawah mereka. Semua orang mengikuti jejak para pemimpin
itu atau terpaksa mengikuti jejak mereka.
Terdapat banyak huru-hara dan ketidakadilan
dimana-mana dan kerana perkara ini, Islamku telah dihina di seluruh dunia.”
“Sesungguhnya aku ingin menjadikan kamu pemimpin
bagi umatku kerana engkau berlaku ikhlas padaku dan engkau melakukan
pekerjaanmu dengan adil tanpa meminta bantuan kepada sesiapa pun kecuali Allah ﷻ dan engkau akan memberikan harta kepada mereka yang memerlukan
dan menyebarkan keadilan.”
“Dan kesan dari semua itu akan sampai kepada
semua orang biasa dan semua orang akan merasa gembira. Kedamaian tersebar di
mana-mana dan seluruh dunia akan melihat bahawa inilah Islam yang sebenarnya.”
Kemudian aku berkata, “Sesuai perintahmu.”
Selepas mendengar ini, Nabi Muhammad ﷺ menjadi sangat gembira dan berkata, “Wahai anakku, janganlah
takut kepada sesuatu apa pun kerana Allah ﷻ
bersama denganmu dan Allah ﷻ
berjanji kepadaku bahwa Dia tidak akan pernah sekali pun meninggalkanmu
sendirian.”
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment