ISRAEL MENDIRIKAN BANGUNAN DI TANAH PALESTIN (7 FEBRUARI 2017)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Pada 7 Februari 2017, aku melihat di dalam satu mimpi, Israel sedang mendirikan sebuah bangunan besar berwarna coklat di dalam kawasan Palestin yang mana perkara tersebut membuatkan umat Islam di Palestin menjadi marah.

 

Umat Islam di negara-negara Arab lain juga menjadi marah dengan bertanya, “Kenapa Israel membina bangunan di sini? Ini adalah tanah umat Islam!”

 

Umat Muslim di seluruh dunia juga menyuarakan tentangan terhadap perkara ini.

 

Mereka mula melakukan tunjuk perasaan menentang Israel tapi Israel tidak berhenti juga, dan umat Islam juga tidak dapat melakukan apa apa kecuali hanya aksi tunjuk perasaan saja.

 

Ketika aku melihat semua ini, aku berkata, “bangunan apa yang telah membuatkan umat Islam melakukan protes besar-besaran ini?”

 

Aku pergi menggunakan sebuah kendaraan yang terbang, seperti kapalterbang untuk melihat bangunan tersebut.

 

Ketika aku mendekatinya aku dapat melihat umat Islam sedang melakukan tunjuk perasaan dan Israel pula hampir menyelesaikan pembinaan bangunan tersebut.

 

Kemudian ketika lampu-lampu dinyalakan dari bangunan itu, maka tunjuk perasaan dari umat Islam menjadi semakin kuat.

 

Tetapi tiba-tiba ada sebuah letupan yang sangat besar dari bawah bangunan itu.

 

Kesannya sangat besar sehingga seluruh bangunan berubah dalam waktu satu malam, kemudian disebabkan letupan tersebut muncul ribut pasir yang mengerikan yang tersebar ke seluruh tempat.

 

Umat Islam dan keluarga mereka terkesan dengan ribut pasir tersebut. Ribuan lelaki, perempuan, dan kanak-kanak meninggal dunia.

 

Ribut pasir itu sangat besar sehingga cahaya matahari tidak dapat menembusi ke bumi.

 

Ia terasa seperti malam yang gelap gelita dan kerana ribut pasir itu tidak ada seorang pun yang dapat meminta pertolongan.

 

Aku tidak tahan melihat ini dan aku berpaling. Tetapi ribut pasir tersebut terus-menerus tersebar sehingga ia tersebar ke negara-negara lain seperti Syria, Mesir, Libya, Sudan, dan banyak lagi.

 

Ia menyebabkan kehancuran yang sangat besar sampai aku tidak dapat mengungkapkannya dengan kata-kata.

 

Jutaan manusia mati serta merta. Ia sangat buruk dan aku berharap ia tidak akan berlaku.

 

Aku berkata, “apa yang sebenarnya telah dilakukan oleh Israel sehingga menyebabkan berlaku ribut pasir yang sangat besar?

 

Apa yang ada di dalam bangunan itu yang menyebabkan negara-negara Arab sangat marah terhadapnya? Dan bilakah ribut ini akan berhenti?”

 

Dan mimpi itu berakhir di situ.

 

#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments


  1. 23 Juli 2017: Israel Melakukan Penggalian Terowongan di bawah Masjid Al-Aqsha https://www.youtube.com/watch?v=5dI8e_VIdOQ

    31 Juli 2017: Menguak terowongan yang dibangun Israel di bawah Masjid Al-Aqsha https://www.youtube.com/watch?v=_zSP6uOyEb0

    20 Desember 2017: Israel Resmikan Sinagog Baru di Komplek Masjid Al-Aqsha https://minanews.net/Israel-resmikan-sinagog-baru-di-kompleks-masjid-al-aqsha/

    23 Oktober 2018: Flawless ‘Red Heifer’ Could Signal Building of The Third Temple https://www.youtube.com/watch?v=jKONH23g24o

    22 Januari 2019: Kuil ketiga dalam proses pembangunan
    https://www.youtube.com/watch?v=mYqYpd6yMB4&t=360s

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)