ISTANA-ISTANA KEIMANAN (2009)

 


 

Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum wrt.

 

Pada tahun 2009, aku melihat sebuah mimpi, di mana ketika itu sudah malam dan gelap. Aku sedang duduk di dalam rumahku.

 

Kemudian tiba-tiba, sebuah cahaya tajam masuk dari tingkap. Aku berlari keluar kerana ingin tahu dan apa yang aku lihat tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

 

Aku melihat ada istana-istana yang indah bersinar mengambang di langit, bersinar seperti bintang. Istana-istana itu lutsinar seperti kristal dan bergerak dalam satu arah.

 

Kemudian di antara istana itu, ada satu istana yang sangat menakjubkan dan sangat megah.

 

Istana ini sangat besar. Jauh lebih tinggi dan lebih lebar dari istana yang lain. Mataku terpaku pada istana ini dan aku tidak dapat berpaling. 

 

Keindahannya sangat luar biasa dan tingginya tidak terukur. Istana itu lalu terbang terus ke langit dan menghilang dari penglihatanku.

 

Istana ini memimpin di depan semua istana lain. Di istana itu ada nama Nabi Muhammad ditulis dengan bagus.

 

Di dalam mimpi ini aku ada perasaan kuat bahawa istana-istana ini adalah peringkat spiritual (kerohanian) para Nabi alaihimussalam.

 

Dan di setiap istana juga ditulis peringkat mereka masing-masing. Setelah melihat istana Nabi Muhammad yang indah dan menakjubkan, aku merasa sangat gembira.

 

Aku bersyukur pada Allah kerana aku termasuk umat Nabi Muhammad , yang memiliki peringkat kerohanian tertinggi di sisi Allah .

 

Peringkat Kerohanian yang tertulis di Istana Nabi Muhammad adalah 99,000 dan inilah yang tertinggi di sisi Allah s w.t.

 

Istana kerohanian terbesar dan terindah kedua adalah milik Nabi Ibrahim a.s. Dan kemudian, ada peringkat-peringkat yang lain.

 

Aku tidak nampak ada peringkat kerohanian seorang Nabi yang nilainya kurang dari 12,000.

 

Semua istana para Nabi alaihimussalam yang indah ini seperti sinaran bintang-bintang.

 

Tidak ada kata-kata yang tepat untuk menggambarkan betapa menakjubkannya istana-istana itu.

 

Dan selepas itu, istana-istana terus pergi sampai aku tidak lagi melihatnya.

 

Dari apa yang aku lihat dalam mimpiku yang lain, peringkat kerohanian para sahabat Rasulullah radhiyallahu anhum bermula dari nilai 8,000 sampai 10,000.

 

Tidak ada yang boleh mencapai tingkatan kerohanian salah satu Nabi alaihimussalam dan juga tidak ada yang boleh mencapai peringkat kerohanian sahabat Rasulullah yang utama.

 

Sedangkan tingkatan kerohanian seorang muslim biasa bermula dari nilai 200.

 


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)