JENTERA TENTERA SYAITAN (22 OGOS 2015)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.
Dalam mimpi pada tarikh 22 Ogos 2015, Qasim
melihat ada kekacauan dan kerusuhan di mana-mana. Dan semua muslim sibuk dengan
diri mereka sendiri.
Kemudian aku sampai ke satu tempat di mana
orang-orang jahat sedang merencanakan suatu rancangan jahat.
Mereka berkata, “kerana umat Islam sedang sibuk
dengan kehidupan mereka sendiri-sendiri, mereka tidak akan boleh menyelamatkan
diri. Kita akan hancurkan mereka dan membuatkan dunia melihat seolah-olah kita
melakukan itu untuk kedamaian.”
Selepas itu mereka mula membuat jentera-jentera
pembunuh satu demi satu dan aku berfikir, “tidak ada orang yang cukup kuat dari
pihak muslim yang boleh melawan jentera-jentera itu.”
Ketika mereka telah menyelesaikan pembangunan
jentera-jentera itu, aku pun balik.
Jentera-jentera itu terbang sangat tinggi di
udara dan jentera-jentera itu saling tembak-menembak antara satu sama lain.
Kita, umat Islam, terperangkap di tengah
jentera-jentera itu kerana semua rumah dan bangunan-bangunan perniagaan kita
berada di sana.
Dan di sana ada sebuah tembok besar yang
menghalangi dunia untuk dapat melihat apa yang terjadi.
Maka, orang-orang jahat itu menunjukkan pada dunia
bahawa dua kelompok sedang saling berperang antara satu sama lain sedangkan
sebenarnya mereka hanya satu kumpulan yang bersama-sama menyerang rumah-rumah
muslim.
Mereka juga berkata, “sekumpulan muslim memiliki
jentera yang sangat kuat. Kita harus menghancurkan jentera-jentera itu atau
mereka akan menghancurkan kedamaian di muka bumi.”
Padahal itu semua adalah bohong belaka. Semua
jentera itu milik orang-orang jahat itu. Itu semua hanya dalih yang dipaksakan
untuk membantai umat Islam.”
Aku mengumpulkan beberapa orang dan bertanya
kepada mereka bagaimana caranya untuk kita dapat mengalahkan mereka? Disebabkan
perang ini, kitalah yang akan hancur.
Kita, muslim, tidak tahu apa yang harus
dilakukan. Semua orang terus cuba bersembunyi tetapi ada saja kita yang tetap
terbunuh.
Kemudian Cahaya Allah ﷻ keluar dari jari telunjuk tangan kananku tetapi itu belum cukup
untuk menghancurkan jentera-jentera itu.
Kemudian aku pun berdoa, “Ya Allah, lakukanlah
sesuatu, kalau tidak kami akan binasa. Rumah-rumah kami telah hancur dan banyak
di antara kami yang telah terbunuh. Kami sedang dihinakan di seluruh dunia.”
Maka kemudian Allah ﷻ menambah Cahaya-Nya dengan sangat banyak sehingga aku merasa
yakin bahawa dengan Cahaya ini aku akan dapat menghancurkan mesin-jentera itu.
Maka, ketika aku keluar untuk memerangi
jentera-jentera pembunuh umat Islam itu, pakaianku berganti.
Kemudian aku berkata kepada diriku, “Qasim,
inilah waktunya untuk menghancurkan jentera orang-orang jahat itu, maka ketika
aku mula berlari, dengan Rahmat Allah ﷻ aku
berlari di atas udara dan ketika aku tiba tepat di hadapan jentera-jentera itu,
aku melempar Cahaya Allah ﷻ kepada
mereka dan mereka meleleh dalam sekelip mata.
Dan aku menjadi kagum melihat bahawa
jentera-jentera yang kuat itu pun tidak mampu bertahan dengan Cahaya Allah ﷻ walaupun sekelip mata.
Kemudian aku kembali dan seluruh muslim keluar
dari tempat mereka dan bergembira dan berkata, “Allah ﷻ telah menyelamatkan kita semua dan menolong kita.”
Kemudian aku berkata kepada mereka, “Allah
bersama kita. Maka janganlah kalian takut lagi dan semua orang perlu memainkan
peranannya masing-masing untuk membangunkan kembali rumah-rumah dan
bangunan-bangunan.”
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment