JIKA MIMPI QASIM DIDUSTAKAN (22 SEPTEMBER 2015)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wrt.
(Di dalam mimpi) Pada tarikh 22 September 2015, Allah
bertanya kepada aku "Qasim! Adakah orang Islam percaya kamu?" Aku
berkata kepada-Nya "tidak kecuali beberapa orang sahaja, selain daripada
itu tidak ada yang percaya kepada aku."
Allah berfirman "Qasim! Jika mereka tidak
beriman kepadamu, Aku akan goncangkan mereka dengan kuat dan Aku akan membuatkan
mereka berperang sesama sendiri dan mereka akan terus berperang sesame sendiri
selama mereka tidak beriman kepadamu."
Kemudian aku melihat orang Islam mula membunuh
antara satu sama lain dan pertempuran menjadi sangat tegang dan pertumpahan
darah sangat teruk. Selebihnya umat Islam menjadi takut seolah-olah mereka
tidak tahu apa yang baru berlaku dan apa yang akan berlaku kepada mereka.
Nampaknya mereka hanya mahu yang lain berhenti
bergaduh. Kemudian orang-orang yang menolak mimpi aku mula mempercayainya.
Malah orang yang mempunyai ramai pengikut juga mula mempercayai mimpi aku dan
juga mereka yang menghalang orang lain daripada mempercayai mimpi aku. Kemudian
mereka memberitahu orang lain tentang mimpi aku dan ia tersebar ke seluruh
dunia.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment