KEBAHAGIAAN MAJIKAN (FEBRUARI 2019)


BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.

 

Aku menjalani sebuah kehidupan yang tidak berguna, sebuah kehidupan dalam kegelapan. Kemudian aku melihat sebuah syarikat yang tidak tertarik untuk mengupah sesiapa pun.

 

Aku berfikir bahawa pemilik syarikat ini adalah orang yang baik, aku sepatutnya berbincang dengannya. Aku berangkat dan berbicara dengan beliau dan berkata kepadanya bahawa, “Aku sedang menjalani sebuah kehidupan dalam kegelapan, jika kamu memberiku satu kesempatan, aku mungkin dapat keluar dari kehidupan yang gelap ini.”

 

Pemilik syarikat tersebut tidak memberiku banyak perhatian, tetapi berkata bahawa “Aku hanya boleh memberimu satu kesempatan, jika engkau tidak melakukannya dengan baik, aku tidak dapat menolongmu.”

 

Dia memberiku satu kesempatan dan kemudian aku memulakan tugasanku. Aku mencuba mengerahkan kemampuan terbaikku supaya dapat melakukannya dengan baik. 

 

Kemudian lambat laun perkembanganku semakin meningkat. Perlahan-lahan pemilik syarikat mula berpuas hati dengan pekerjaanku dan berfikir bahawa pekerjaan yang telah aku lakukan ini adalah bagus dan ia juga menepati jangkaan beliau.

 

Kemudian pemilik syarikat itu mula memberitahu kepada orang lain tentang pekerjaanku bahawa pekerjaan Qasim adalah bagus. Kemudian beliau menjadi sangat gembira sehingga beliau mula mengawasiku melalui kamera.

 

Beliau sangat gembira denganku, sehingga ketika beliau sedang menghadiri pertemuan peringkat atasan, dan aku dipanggil ketika pertemuan tersebut sedang berlangsung.

 

Dia mula mendengar dariku dengan penuh perhatian dan mengabaikan orang-orang lain di dalam mesyuarat tersebut. Para hadirin yang lain juga merasakan bahawa “Pemilik syarikat sedang memberikan perhatian penuh kepada Qasim dan mengabaikan kami.”

 

Apa yang aku maksudkan adalah pemilik syarikat tersebut menjadi sangat bahagia. Mimpi berakhir di sini.

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)