KECELAKAAN PESAWAT PEMIMPIN (25 MEI 2017)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

 

Pada 25 Mei 2017. Qasim berkata: Dalam mimpi ini,aku berdiri di atas atap. Aku melihat ada lapisan warna hijau di langit yang lutsinar dan aku dapat melihat langit biru melalui lapisan ini.

 

Ada beberapa kapalterbang penumpang terbang di langit dan kemudian aku melihat ada satu kapalterbang ingin mendarat.

 

Ada seorang pemimpin besar yang menaiki kapalterbang itu juga.

 

Tiba-tiba kapalterbang itu terbakar dan terhempas ke tanah. Kemudian aku melihat ada satu lagi kapalterbang lain yang ingin mendarat juga terbakar dan terhempas ke tanah.

 

Setelah melihat kejadian ini orang ramai sangat terkejut, aku berlari keluar ke jalan dan melihat huru-hara di mana saja, dan orang ramai bertempiaran ke berbagai arah kerana takut.

 

Kemudian aku naik balik ke atas atap rumahku, aku melihat lapisan hijau di langit telah menyusut dan ada tampalan warna biru di atasnya dan sekarang ia juga ada lapisan biru dan lapisan putih sekarang.

 

Aku tertanya, apa yang terjadi pada langit, tiba-tiba berubah sepenuhnya?

 

Kemudian aku mendapat perasaan bahawa ini adalah kuasa jahat yang mengawal seluruh dunia dan warna langit yang berubah itu adalah tandanya.

 

Kemudian aku sedar bahawa ketika itu tidak ada lagi kapalterbang yang terbang di langit yang mana itu bermakna bahawa kuasa jahat telah menguasai segalanya di bawah kawalan mereka.

 

Kemudian aku melihat jentera-jentera mereka mula menghancurkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan.

 

Kemudian jentera-jentera itu mula menuju ke tempat di mana aku berdiri.

 

Kemudian aku turun semula dan melihat ramai orang berkumpul di sana dan aku jelaskan kepada mereka bahawa jentera-jentera ini kepunyaan kuasa jahat dan kita tidak ada apa-apa untuk berlawan dengan mereka.

 

Kemudian aku berkata bahawa untuk melawan dengan kuasa jahat ini kita memerlukan banyak senjata berat. Aku pun pergi keluar mencari senjata berat.

 

Kemudian aku melihat ada satu tempat dan aku berkata pada diri sendiri bahawa aku mungkin dapat menjumpai senjata berat di sini.

 

Ketika aku cuba untuk pergi ke tempat itu maka sebahagian pasukan jahat menghantar beberapa buaya berwarna hijau dan dinosaur kecil yang berbahaya untuk menghalangiku sampai ke sana.

 

Setelah melihat ini aku balik dan berjumpa dengan rakan-rakanku. Aku berkata kepada mereka, kalian pernah berlawan dengan kuasa seperti itu sebelum ini, dan kalian pasti dapat melawan kekuasaan ini juga.

 

Aku meminta mereka untuk ikut bersamaku, mereka pun setuju dan kemudian kami melawan kekuasaan ini bersama.

 

 #MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------


Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)