KEGEMBIRAAN NABI MUHAMMAD ﷺ (12 JANUARI 2022)
BismillahirRahmanirRahim.
Assalamualaikum wbt.
Di dalam mimpi ini aku melihat diriku berada di
dalam bilik sedang duduk bersama dengan orang lain. Bilik itu gelap dan aku
tidak dapat melihat wajah orang di sekelilingku.
Kami sedang membuat rancangan dan mengusahakan
sesuatu serta bercakap antara satu sama lain.
Pada waktu itu, tiba-tiba Nabi Muhammad ﷺ masuk ke dalam bilik. Setibanya baginda ﷺ, kami semua berdiri untuk memuliakan junjungan Nabi Muhammad ﷺ.
Kami menghormatinya seolah-olah ibarat seorang bos
atau pakar perniagaan yang hebat bertemu dengan pekerjanya dan pekerja berdiri
dengan penuh rasa hormat.
Kemudian Nabi Muhammad ﷺ datang dekat kepadaku dan berjabat tangan denganku serta
melihat baginda ﷺ begitu teruja dan gembira
bertemu denganku.
Baginda ﷺ bertemuku dengan sangat
gembira seolah-olah ibarat seseorang telah bertemu dengan seseorang yang telah
lama menghilang dan sudah lama tidak berjumpa.
Sambil bersalaman dengan Nabi Muhammad ﷺ, aku terfikir di dalam hati bahawa kita ini hanya manusia biasa
yang sederhana, Kita tidak ada yang istimewa dan melakukan dosa tetapi Nabi
Muhammad ﷺ menemui kita dengan penuh rasa hormat dan gembira.
Kemudian aku berkata bahawa kita adalah pendosa
tetapi kita tidak melakukannya dengan sengaja. Kita melakukan dosa dalam
kejahilan dan Allah ﷻ merahmati kita.
Kita tidak seperti orang lain yang sengaja dan
berulang kali melakukan dosa.
Kemudian aku melihat Nabi Muhammad ﷺ mula berjumpa dengan orang lain di dalam bilik. Pada waktu ini,
aku berpendapat bahawa Allah ﷻ telah
mengasihani kita dan memilih kita daripada berbilion manusia di dunia ini dan
Nabi Muhammad ﷺ berharap kepada Allah ﷻ agar kita dapat melaksanakan tugas yang telah dibawa oleh Nabi
Muhammad ﷺ sebelum ini.
Tugasnya adalah untuk menyebarkan Islam yang
sebenar ke seluruh dunia.
Aku melihat Nabi Muhammad ﷺ bertemu semua orang lain di dalam bilk dengan keterujaan dan
kegembiraan yang sama.
Seolah-olah kita telah melakukan sesuatu yang hebat
untuknya, dan juga akan melakukan sesuatu yang hebat lagi pada masa akan
datang.
Aku merasakan Nabi Muhammad ﷺ mempunyai darjat, status dan kerohanian yang sangat tinggi dan
patut dihormati tetapi Baginda ﷺ menemui kami dengan penuh
rasa rendah diri dan sangat gembira bertemu kami.
Mimpi berakhir.
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment