KEHANCURAN DI NEGARA-NEGARA ISLAM (7 JULAI 2017)


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum.

 

Qasim berkata, Aku melihat mimpi ini pada 7 julai 2017. Di dalam mimpi ini, aku sedang berada di ruang bawah tanah sebuah bangunan besar. Seseorang menghampiriku dan berkata bahawa  sebaiknya aku keluar dari bangunan  ini.

 

Kerana pasukan jahat menyerang bangunan kami. Tetapi aku masih mempunyai pekerjaan yang masih perlu aku lakukan dan aku tetap berada di situ.

 

Pasukan jahat itu mengetahui bahawa di dalam bangunan ini, ada seorang lelaki yang akan mengalahkan semua pasukan jahat di masa depan.

 

Maka mereka merancang untuk menghancurkan bangunan itu secara keseluruhan supaya lelaki itu dan semua orang yang tinggal di dalamnya musnah. Pasukan-pasukan jahat itu telah menyebabkan banyak kehancuran tapi aku merasa bahawa bangunan ini akan tetap baik saja.

 

Setelah beberapa ketika pasukan-pasukan jahat itu berfikir bahawa bangunan itu telah hancur seluruhnya maka mereka pun pergi. Aku pun telah menyelesaikan pekerjaanku.

 

Aku keluar dan melihat bahawa bangunan ini telah benar-benar hancur. Aku berkata, “bangunan ini hancur teruk dan aku pula tidak menyedarinya.”

 

Aku berkeputusan untuk mencari pasukan-pasukan itu dengan mengikuti jejak-jejak mereka. Ketika aku telah berjalan cukup jauh, aku melihat ke belakang untuk mengetahui sudah berapa jauh jarak yang telah ku lalui dan untuk mengetahui berapa lagi jarak yang berbaki supaya aku sampai ke pasukan-pasukan itu.

 

Kemudian aku melihat jauh  di depan dan menemukan beberapa bangunan-bangunan yang bersebelahan. Tiba-tiba ada sebuah ledakan besar di bangunan yang pertama dan gegaran yang kuat mengakibatkan hembusan angin yang kuat.

 

Angin yang sangat kencang itu bertiup ke semua arah,  sehingga menyebabkan aku jatuh ke tanah. Aku menutup telinga sebelum suara letupannya datang. Tetapi aku masih mendengar kuatnya bunyi dan menakutkan.

 

Aku berkata, “bom apa ini?  Ia mengakibatkan gegaran yang sangat dahsyat padahal aku berada di tempat yang jauh?”

 

Setelah kejadian itu kekecohan pun terjadi. Tiba-tiba terjadi sebuah letupan di bangunan kedua dan gegarannya lebih hebat dari yang sebelum ini. 

 

Aku berkata,  “siapa yang menyebabkan letupan yang menakutkan dan mengakibatkan gegaran yang hebat ini?” Banyak orang yang mati dan terdengar suara teriakan di mana-mana saja. Orang-orang yang selamat bertempiaran kemana-mana.

 

Ketika aku melihat orang-orang itu, aku mengenali mereka dari mimpi-mimpiku. Mereka adalah orang-orang yang meminta tolong kepadaku dalam sebuah mimpi. Kemudian aku menghantae mereka ke tempat yang aman dengan bot.

 

Kemudian letupan yang ketiga berlaku yang mana ia lebih dahsyat dari dua letupan sebelumnya dan kerana dahsyatnya aku sampai jatuh ke tanah dan telingaku berdesing, aku tidak dapat mendengar apa apa pun.

 

Aku susah untuk bangun semula dan apabila aku sudah dapat menguasai badanku, aku melihat ke sekeliling. Aku melihat banyak mayat.

 

Letupannya sangat kuat sehingga mengakibatkan angin menerbangkan mayat-mayat itu ke seluruh tempat. Darah merata-rata, kehancuran berleluasa, dan yang selamat lari bertempiaran seolah-olah kiamat telah datang.

 

Aku berkata bahawa, “Qasim, kau tidak dapat menolong mereka dalam keadaan seperti ini. Jadi sebaiknya kau keluar dari sini sebelum sesuatu yang besar terjadi.” Maka aku pun berlari jauh-jauh.

 

Kemudian di satu tempat, seorang lelaki menyerangku dengan pisau dan dia sangat profesional.

 

Aku yakin bahawa dia adalah salah satu anggota pasukan jahat. Aku mengalami beberapa cedera ringan tapi aku dapat mengalahkannya dengan Rahmat Allah.

 

Kemudian aku pergi ke satu tempat tinggi yang selamat untuk melihat berapa besar kehancuran yang terjadi. Aku berkata, “siapa yang melakukan ini? Dan bagaimana cara melawan mereka?”

 

Aku melihat kehancuran yang tersebar di luar sangkaanku dan kehancuran itu terus tersebar. Aku berkata bahawa kehancuran ini hanya dapat dipulihkan dengan Rahmat Khusus dari Allah..


#MimpiBenar

-----------------------

Laman Web Rasmi :

🔎 http://muhammadqasimpk.com

🔎 http://divinedreams.co

-----------------------

LAMAN SOSIAL AL-QUDS

https://linktr.ee/alqudsofficials

---------------------------------------

Comments

Popular posts from this blog

BEBERAPA NASIHAT DARI MIMPI-MIMPI MUHAMMAD QASIM

TIGA NEGARA BERPAKAT MENGHANCURKAN UMAT ISLAM (16 FEBRUARI 2017)

RANCANGAN US DAN ISRAEL UNTUK MENGHANCURKAN PALESTIN (19 MAC 2017)

GERIGI EMAS (9 FEBRUARI 2018)

IMRAN KHAN AKHIRNYA MENDENGAR MIMPI QASIM (30 JANUARI 2020)

APA ITU SYIRIK? BAGAIMANA IA BERMULA? BENTUK-BENTUK SYIRIK DI ZAMAN MODEN DAN CARA MENJAUHI SYIRIK

GAMBARAN DAJJAL

KEGAGALAN IMRAN KHAN DAN ULAMA’ PERCAYA MIMPIKU (15 APRIL 2022)

KETUA TENTERA PAKISTAN (28 SEPTEMBER 2016)

DAJJAL MUNCUL SELEPAS 11 TAHUN BERMULANYA PERANG DUNIA KE-3 (31 Ogos 2022)