KEJATUHAN EKONOMI DAN EMAS (3 MAY 2020)
BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum wbt.
Muhammad
Qasim melihat di dalam mimpi ini bahawa, aku keluar dari rumahku dan aku
melihat ada sebuah taman di sana. Kemudian aku melihat sebuah bangunan besar
sedang di dalam pembinaan dan ia hampir siap, dan aku melihat ada sebuah dewan
besar seperti bilik di sana yang mempunyai beberapa katil di dalamnya.
Salah
satu katil itu telah diduduki oleh orang yang dikenali dan dia berkata bahawa,
"ini katilku." aku berkata kepada diri sendiri, "apa yang dia
buat di sini?!"
Dia
berkata, "jika orang lain mahu tinggal di sini mereka boleh datang dan
menduduki katil lain untuk diri mereka sendiri."
Aku
pergi ke salah satu sudut bilik seperti dewan ini dan melihat ada sebuah taman
di sebelah kiriku. Seorang lagi datang ke situ dan dia juga kelihatan seperti
aku mengenalinya.
Di sini
aku berkata bahawa, "Keadaan Corona akan kekal sama selama beberapa bulan
dan jika lockdown yang ketat dilaksanakan maka ia akan menjadi lebih
selamat, jika tidak virus akan merebak."
Di sini aku
teringat mimpi gempa bumi di dalam fikiranku dan aku berkata kepada mereka
bahawa, "Ekonomi sebahagian negara akan musnah akibat virus ini”.
Sebaliknya mungkin ada beberapa negara mungkin hancur sehingga hanya nama
mereka sahaja yang akan bertahan."
Dan di
sini aku teringat sebahagian daripada mimpi gempa bumi di mana bangunan
perniagaan mula runtuh.
Kemudian
aku berfikir tentang Pakistan di dalam fikiranku tetapi aku tidak mengatakan
apa-apa kerana bimbang ia mungkin akan menjadi kenyataan.
Di sini
orang lain berkata bahawa, "jika ekonomi negara akan runtuh maka kita
mesti mendapatkan beberapa dolar dan menyimpannya."
Aku
berkata kepada mereka, "Tidak! cadangan aku ialah kita harus membeli dan
memelihara emas itu kerana ia boleh diterima di mana-mana negara."
Mimpi
itu berakhir di situ. Waalaikumussalam wbt.
#MimpiBenar
-----------------------
Laman Web Rasmi :
🔎 http://muhammadqasimpk.com
🔎 http://divinedreams.co
-----------------------
LAMAN SOSIAL AL-QUDS
https://linktr.ee/alqudsofficials
---------------------------------------
Comments
Post a Comment